Hampir 40 peratus pelajar yang dibuang sekolah di Terengganu dikesan tidak membuat rayuan untuk kembali bersekolah dan lebih cenderung bekerja meskipun pada usia yang masih muda.
Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, kira-kira 1,300 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini yang dibuang sekolah pada 2017 dan ada pelajar serta keluarga yang tidak membuat rayuan kerana sudah hilang minat belajar dan mempunyai masalah keluarga.
Antara penyebab tindakan dibuang sekolah ialah salah laku berulang kali dan ada kalanya pihak sekolah mengenakan tindakan penggantungan sekolah bagi pelajar berkelakuan liar serta mengganggu dengan tidak dibenarkan memasuki sekolah sehingga 14 hari.
Katanya, sejumlah 30 peratus kes buang sekolah disebabkan tidak hadir ke sekolah secara berterusan dan peratusan sama turut melibatkan masalah disiplin atau salah laku disiplin.
"Kebanyakan murid yang dibuang sekolah boleh diterima semula (untuk bersekolah) apabila merayu ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) atau PPD (Pejabat Pendidikan Daerah), namun bergantung kepada kes yang melibatkan pelajar dan juga jarak daripada penempatan terdekat.
"Polisi pendidikan, jika dibuang sekolah kerana ketidakhadiran mereka boleh diterima di sekolah asal tetapi jika dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin kita galakkan mereka ditempatkan di sekolah yang berlainan," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya secara keseluruhan kes pelajar dibuang sekolah masih terkawal jika dilihat kepada jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini iaitu 240,000 orang.
Tambahnya isu ketidakhadiran dan salah laku murid telah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa tindakan negeri dan daerah yang diketuai beberapa pemimpin negeri yang memberi fokus utama tentang masalah kehadiran murid.
"Masalah pengangkutan untuk daerah pedalaman seperti di Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun masih menjadi antara penyebab ketidakhadiran selain beberapa faktor lain seperti kecenderungan murid tidak hadir pada hari Ahad kerana perhimpunan sekolah," katanya.
Shafruddin berkata banyak langkah intervensi telah dibuat oleh JPN dan PPD untuk mengatasi masalah itu dan pihak sekolah sendiri telah meningkatkan disiplin murid, malah intervensi yang melibatkan antara jabatan dan agensi lain juga dilakukan.
"Setiap PPD juga ada mengadakan majlis pemuafakatan antara agensi dengan PPD, malah guru ada memberi kaunseling kepada pelajar secara berterusan termasuk keluarga, jika mereka tampil mendapatkan bantuan," katanya.
Bagi membendung gejala keciciran dalam akademik, beliau berharap ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak supaya tidak mudah terpengaruh dan mengelak daripada melakukan pelbagai perkara yang akan mengundang pelbagai risiko dibuang terutama terlibat dalam jenayah. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 18 2018
![Pelajar tidak buat rayuan setelah dibuang sekolah Pelajar tidak buat rayuan setelah dibuang sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529327586_pontengsekolah.jpg)
Sejumlah 30 peratus kes buang sekolah disebabkan tidak hadir ke sekolah secara berterusan dan peratusan sama turut melibatkan masalah disiplin atau salah laku disiplin. - Gambar hiasan
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022 Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679157538_AniqKasdanNurAin.jpg)
Mohamad Aniq, Nur Ain Nabilah dinobat olahragawan, olahragawati UiTM 2022
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah Tarmizi hari ini dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2022.
![Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678797234_UniverisitiTsukuba.jpg)
Universiti Tsukuba buka kampus cawangan di Malaysia
Universiti Tsukuba dari Jepun bakal membuka cawangannya di sini, iaitu kampus cawangan mereka pertama di luar negara, susulan memorandum kerjasama (MoC) yang ditandatangani kedua-dua negara.
![Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643559075_MaszleeMalik.jpg)
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
![Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665890564_TBphd.jpg)
Genggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun
Yeop Ali meluangkan masa 10 tahun untuk menamatkan pengajian dan banyak menghabiskan masa persaraannya di perpustakaan dan diskusi akademik
![11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak 11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648099455_Gurusarjana.jpg)
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
Mereka memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
![Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627540836_Study.jpg)
Rupanya cara belajar ikut karakter, tips untuk bantu anak cemerlang akademik
Setiap anak mempunyai karakter tersendiri yang memberi kesan kepada pembelajarannya.
![APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638171204_AgensiKelayakanMal.jpg)
APEL.Q tukar pengalaman individu jadi kelayakan akademik
APEL untuk Anugerah Kelayakan Akademik (APEL.Q) mengiktiraf pembelajaran individu melalui pengalaman sebelumnya.
![Tajaan MARA: Tiada istilah guna 'kabel', pilih kasih - Azizah Tajaan MARA: Tiada istilah guna 'kabel', pilih kasih - Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/41444544068_AzizahMohdDun.jpg)
Tajaan MARA: Tiada istilah guna 'kabel', pilih kasih - Azizah
Pemberian tajaan pelajaran berkenaan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selama ini.
![Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612915863_DrJeniriAmir.jpg)
Sabar! Bukan masa sesuai tukar kerajaan - Penganalisis
Menumbangkan kerajaan ketika tempoh kritikal ini tidak akan menjamin bahawa krisis politik yang melanda negara boleh diselesaikan secara tuntas.
![Belajar dalam talian tidak halang cemerlang SPM Belajar dalam talian tidak halang cemerlang SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623382192_PTTIGroupSdnBhd.jpg)
Belajar dalam talian tidak halang cemerlang SPM
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dalam talian yang dilaksanakan tidak menjadi halangan untuk mencapai kecemerlangan.