Polis sudah mengenalpasti kumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Jelutong berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua pelajar sekolah itu dalam kejadian pada Khamis lalu dan semalam.
Kedua-dua pelajar yang berumur 14 tahun itu didakwa menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior tingkatan 4 dan 5 sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng memaklumkan, polis sedang menyiapkan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat.
Katanya, kedua-dua pelajar yang menjadi mangsa buli itu tampil membuat laporan polis bersama ibu bapa masing-masing.
Laporan polis dibuat di balai polis Jelutong pada 9 April dan pihak polis telah merekod keterangan mangsa.
“Polis setelah menerima dua laporan pada semalam dan pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 iaitu mendatangkan kecederaan ringan dan dalam seksyen ini kita perlu perintah untuk menyiasat dan kita telah perolehi. Mangsa telah kita hantar kepada pihak hospital untuk diperiksa oleh doktor dan gambar-gambar yang dikatakan menjadi tempat mangsa dipukul telah dirakamkan.” ulas ACP Gan Kong Meng, Ketua Polis Daerah Timur Laut.
Siasatan awal mendapati , kejadian tercetus akibat pertelingkahan dan perang mulut antara pelajar tingkatan dua terbabit dengan kumpulan pelajar senior sekolah itu sehingga mencetuskan pergaduhan.
Kejadian difahamkan berlaku di kantin sekolah berkenaan kira-kira jam 12 tengahari dilakukan oleh kumpulan yang terdiri daripada 15 pelajar.
Bagaimanapun, Gan menegaskan kejadian itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kumpulan samseng dan memaklumkan pihaknya juga telah bertemu dengan pihak sekolah dan pelajar serta waris yang terlibat hari ini dan berjaya mendamaikan kedua-dua pihak .
Dua pelajar yang cedera itu menerima rawatan lanjut di hospital Pulau Pinang dan pihaknya kini sedang menunggu laporan perubatan mangsa buli dari pihak hospital bagi melengkapkan siasatan.
Astro Awani
Wed Apr 10 2013

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal tangki
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

Polis jalankan siasatan kes buli di sekolah di Jelutong
Polis sudah mengenalpasti kumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Jelutong berhubung insiden pergaduhan membabitkan dua pelajar sekolah itu.