SEREMBAN: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyasarkan untuk melaksanakan 25 program Rumah Ibadat Hijau (RIH) di rumah ibadat seluruh negara setiap tahun, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata ia bertujuan menjadikan rumah ibadat dalam negara sebagai pusat pemangkin kelestarian alam selain menjadi premis contoh amalan kecekapan tenaga, air dan lestari sekali gus memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah serta komuniti setempat.
"Setakat ini kami sudah ada 12 RIH seluruh negara dengan 58 permohonan. Program RIH turut menekankan beberapa elemen termasuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, air, pengurusan sistem lampu cekap tenaga dan sebagainya.
"Kesedaran mengenai gaya hidup hijau daripada program ini akan mendidik kita tentang kepentingan untuk menjaga kelestarian alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penyerahan Sistem Panel Solar menerusi RIH di Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng di sini semalam.
Beliau berkata di peringkat individu mahupun organisasi termasuk masjid, amalan gaya hidup hijau akan menjimatkan kos penggunaan utiliti dan menjana pendapatan sampingan menerusi program kitar semula seterusnya membantu kelancaran operasi.
Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) turut menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sejak 2021 bagi mewujudkan Wakaf Masjid Hijau (WMH) sebagai dana alternatif menggalakkan inisiatif teknologi hijau oleh masjid dan surau.
Menurut beliau sebanyak RM257,961.23 terkumpul di bawah WMH sehingga 31 Jan lepas dengan RM190,000 dana WMH disalurkan kepada empat masjid pada tahun ini.
Beliau berkata bagi menggalakkan penyertaan rumah ibadat dan komuniti di bawah RIH, Kementerian mengalu-alukan sumbangan daripada swasta dan orang ramai untuk WMH menerusi akaun YWM di RHB Islamic Bank bernombor 2124-576004-6138 sekali gus membudayakan gaya hidup hijau.
"Saya berharap program RIH pada hari ini menjadi pencetus kepada pembentukan anak-anak kariah dan komuniti setempat selaras dengan matlamat menjadi suri teladan 'Gaya Hidup Hijau' kepada masyarakat," katanya.
Terdahulu, beliau berkata sistem panel solar yang pertama dipasang di Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng adalah menerusi peruntukan RM60,00 di bawah WMH dan kutipan infak pihak masjid sebanyak RM12,000.
"Sistem panel solar ini dijangka akan menjana 26,600 kilowatt jam tenaga boleh baharu dan penjimatan kos utiliti masjid sebanyak RM14,000 secara tahunan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
Nik Nazmi merasmikan Sistem Solar Hasil Pendanaan Wakaf Masjid Hijau (Rumah Ibadat Hijau) di Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng, Seremban, 23 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca
Langkah ini bertujuan memastikan kemas kini lebih kerap dikeluarkan semasa tempoh cuaca melampau yang dijangka berlaku.
Orang ramai diminta ambil perhatian ramalan, amaran cuaca MetMalaysia - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata sistem amaran di negara ini sentiasa berfungsi dengan baik terhadap ramalan dan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan MetMalaysia.
PKS penting untuk capai matlamat sifar bersih - Nik Nazmi
Melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam usaha menuju kelestarian adalah satu daripada cabaran utama bagi Malaysia mencapai cita-cita sifar bersih.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
PRK Sungai Bakap: PH-BN tampil kerjasama paling erat - Nik Nazmi
Kerjasama itu nyata menampakkan kesan apabila banyak program yang diatur oleh PH-BN mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.
Usaha rakyatkan isu alam sekitar perlu dilaksanakan pelbagai pihak - Nik Nazmi
Ruang perbincangan mengenai isu alam sekitar haruslah dilaksanakan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman, kepakaran dan agama.
Malaysia berpotensi jadi bandar tidak berorientasikan kereta - Nik Nazmi
Malaysia mampu menjadi sebuah bandar yang tidak berorientasikan kereta dan menerapkan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD).
NRES lancar EkoSetiawangsa sebagai daerah lestari
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melancarkan iniasitif EkoSetiawangsa dalam usaha melestarikan alam sekitar dengan menjadikan kawasan Setiawangsa sebagai 'urban eco-district'.
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
Pilih aliran pendidikan hak ibu bapa - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata terdapat peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) termasuk di Kelantan.