TANJUNG MALIM: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan terus mengkaji sama ada terdapat keperluan meneruskan penggubalan Rang Undang-Undang Jerebu Rentas Sempadan bagi menangani krisis jerebu di negara ini.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini kerana penggubalan rang undang-undang berkenaan yang pernah dicadang sebelum ini berdepan beberapa kekangan termasuk perjanjian di peringkat negara-negara Asean.
"Kita juga tengok pengalaman negara yang sudah ada berkaitan RUU itu, seperti di Singapura, ada beberapa kekangan bila nak buat perundangannya dan kita tengok juga tengok contoh yang paling berjaya adalah perjanjian yang dipanggil Air Quality Agreement antara Kanada dan Amerika Syarikat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Transformasi Siswa Madani Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Rang Undang-Undang Jerebu Rentas Sempadan pernah dicadang oleh NRECC sebelum ini ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 namun tidak diteruskan di bawah Kementerian Alam Sekitar (KASA) apabila Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.
Nik Nazmi berkata kementerian juga melihat kepada usaha penambahbaikan Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) dengan memasukkan peruntukan berkaitan hukuman ke atas pihak yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Beliau berkata isu jerebu sentiasa dibincang dalam mesyuarat sub-regional Asean yang diadakan setiap tahun, namun ia belum cukup memuaskan dan tidak menyelesaikan isu jerebu rentas sempadan.
"Jadi kita akan cuba lihat semua pilihan termasuk perjanjian atau RUU jerebu rentas sempadan ataupun perjanjian memperbaiki AATHP sebagai penyelesaian kepada masalah jerebu selaras dengan matlamat Asean untuk menjadi bebas jerebu menjelang 2030,"katanya.
Mengulas mengenai keadaan jerebu negara, Nik Nazmi berkata jerebu kali ini terkawal dan tidak seteruk pada 2019.
Walaupun mengakui terdapat peningkatan kes kesihatan berkaitan jerebu namun katanya curahan hujan dan langkah-langkah kawalan yang diambil syarikat perladangan membantu meminimumkan impak jerebu.
Sementara itu, kira-kira 3,500 pelajar baharu UPSI telah menyertai program Semarak Transformasi Siswa Madani Perak.
Objektif program berkonsep penerangan itu ialah menjelaskan mengenai konsep MADANI yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencapai visi konsep berkenaan dalam melahirkan masyarakat maju dan terampil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berucap ketika hadir merasmikan Program Semarak Transformasi Siswa MADANI Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini. - Foto BERNAMA

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.

Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.

Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.

Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.

Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.

NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.

31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.

Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.

Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.