KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung penambahbaikan sistem pembuangan sisa sampah di Pasar Selayang.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pasar Selayang merupakan antara saluran utama air dan sampah ke Kolam Takungan Banjir Jinjang berdekatan Sungai Batu di sini.
"...yang kita tengok hari ini soal sisa dan ia secara jelas berkait rapat dengan Pasar Selayang (yang kebanyakannya) stirofoam dan botol plastik yang susah dilupuskan sekali gus menyebabkan sampah terus berkumpul.
"Kerajaan ada perancangan untuk (tambah baik sistem pembuangan sisa sampah) Pasar Selayang tapi itu melibatkan kementerian lain. Mungkin akan adakan perbincangan lanjut dengan turut melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kolam takungan berkenaan untuk meninjau kesiapsiagaan menghadapi risiko banjir dalam musim peralihan Monsun Timur Laut (MTL), di sini pada Rabu.
Nik Nazmi berkata hampir RM1 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Jinjang yang boleh dikurangkan sekiranya pendekatan menyeluruh diambil bagi menyelesaikan isu sisa sampah berlebihan.
"Ini (RM1 juta) sebenarnya satu kos besar, ia boleh dijimatkan kalau soal sampah dapat diuruskan dengan lebih baik melibatkan peningkatan tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai, sebab itu pencegahan kena bermula dari peringkat awa. Dah terlewat sekiranya kita tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab," katanya.
Kolam Takungan Banjir Jinjang terdiri daripada Kolam Wahyu, Kolam Delima dan Kolam Nanyang yang mempunyai kapasiti takungan sebanyak 2.5 juta meter padu air dan memberi manfaat perlindungan kepada kira-kira 850,000 penduduk selain melindungi kawasan seluas 120 kilometer persegi daripada risiko kejadian banjir sekitarnya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM2.2 juta untuk beberapa projek berskala kecil sekitar Kuala Lumpur sebagai langkah jangka pendek berdepan risiko banjir.
Katanya, peruntukan berkenaan antaranya bagi kerja-kerja pembaikan, naik taraf dan penyelenggaraan sistem serta kemudahan sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Nik Nazmi melihat sampah sarap yang terkumpul di pemukaan air ketika membuat lawatan kerja ke Kolam Takungan Jinjang berdekatan Sungai Batu. - Foto BERNAMA
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Malaysia lancar prospektus tenaga lestari di COP28
Menteri NRECC Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keperluan mendesak untuk Malaysia beralih kepada tenaga mampan didorong oleh komitmen global.
Kerajaan belanja AS$3 juta geran GCF untuk pelan adaptasi kebangsaan mengenai perubahan iklim -- Nik Nazmi
Kerajaan akan membelanjakan AS$3 juta (AS$1=RM4.66) dalam bentuk geran daripada Dana Iklim Hijau (GCF) untuk membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP) mengenai perubahan iklim.
Malaysia pertimbang mekanisme RFI untuk kurangkan karbon arang batu
Malaysia sedang mempertimbangkan secara aktif mekanisme permintaan maklumat (RFI) untuk pengurangan karbon arang batu.
Aktiviti guna tanah mungkin punca banjir puing di Bukit Tinggi
NRECC memaklumkan aktiviti guna tanah itu menjadi penyumbang kepada kadar hakisan tanah yang tinggi.
Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.
NRECC tubuh jawatankuasa kaji isu jerebu rentas sempadan
NRECC akan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji isu berkaitan jerebu rentas sempadan termasuk penggubalan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (THA).
Sistem e-Tanah diperluas ke Selangor
Antara kelebihan Sistem e-Tanah adalah penggunaan teknologi sesawang yang boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat.
31 kawasan 'hotspot' tanah runtuh dikenal pasti di seluruh negara - JMG
Datuk Zamri Ramli, pihaknya telah melaksanakan pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara.
Malaysia minat bangun projek perintis mitigasi banjir dengan Belanda
Malaysia berhasrat untuk memperluaskan kerjasama dengan Belanda khususnya membangunkan projek perintis yang boleh dilaksanakan dalam bidang mitigasi dan agenda ketahanan iklim.
Kerajaan Persekutuan cadang henti pembayaran EFT jika pengubahsuaian KSAS di Kelantan diteruskan
NRECC bercadang menghentikan pembayaran EFT kepada Kelantan sekiranya cadangan pengubahsuaian garis panduan KSAS di negeri itu diteruskan, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.