Program 'Dialog PM Bersama NGO' yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi, pada Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pembatalan tersebut di dalam twit terbarunya.
Program itu adalah bertujuan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merungkaikan segala persoalan rakyat termasuk menjawab pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan kepada beliau.
Ia adalah program anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) dan turut menggunakan hashtag #Nothing2Hide dalam promosinya.
“Pihak NGO patut diberikan peluang untuk bertanya soalan kepada Najib memandangkan mereka ada banyak soalan penting. Ini bagi memastikan ahli politik tidak mendominasi perbincangan mengenai isu-isu nasional,” ujar Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu sidang media Isnin lalu.
Sebelum ia diumum batal, program tersebut khabarnya bakal dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak kebelakangan ini dilihat banyak mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka.
Astro Awani
Fri Jun 05 2015
Dialog PM Bersama NGO: program tersebut tidak diteruskan demi ketenteraman awam dan keharmonian negara. - Sumber foto Facebook #Nothing2Hide
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
#Nothing2Hide: 'Tidak salah jika Tun M wakili NGO yang diundang' - penganjur
Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata kad jemputan yang diberikan kepada NGO tidak ditulis dengan nama-nama individu tertentu.
#Nothing2Hide: 'Bukan tak sokong, tapi kecewa' - Wakil NGO
Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang dengan wakil NGO agar maklumat boleh disampaikan kepada rakyat.
Dr M datang tidak dijemput, kata penganjur #Nothing2Hide
Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" adalah tanpa undangan.
#Nothing2Hide: 'Saya mahu Najib teruskan perjuangan arwah bapanya' - Tun M
Dr Mahathir Mohamad mahu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan perjuangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
#Nothing2Hide: Penganjur akan akan umum tarikh baharu 'Dialog PM bersama NGO'
Penganjur #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" akan mengumumkan tarikh baharu bagi program yang telah dibatalkan hari ini.
#Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pembatalan tersebut di dalam twit terbarunya.
#Nothing2Hide: Tun Mahathir dijangka hadir Dialog PM Bersama NGO esok
Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berdepan dengan Tun Mahathir Mohamad dalam sebuah program dialog bersama NGO anjuran SukaGuam di PWTC pada Jumaat.