Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) meluahkan kekecewaan kerana program ‘Dialog PM Bersama NGO’ dibatalkan pagi tadi.
Menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah, ini merupakan peluang untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang isu semasa.
Sebaliknya program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Sehingga hari ini, pertubuhan IKHLAS tidak pernah dapat berjumpa dengan Perdana Menteri. Sudah 20 kali kami utus surat tetapi tidak pernah dapat jumpa sedangkan pertubuhan IKHLAS menyokong Perdana Menteri. Sedangkan NGO yang gigih bantu kerajaan tidak dapat berjumpa dengan Perdana Menteri, bagaimana pula dengan NGO yang biasa.
BACA: #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
“Hari ini kebanyakan NGO di dalam negara ini kecewa, bukan ertinya tidak sokong, tetapi kecewa ini yang berlaku,” katanya kepada pemberita.
Beliau juga menyeru Najib untuk terus bertemu dengan wakil NGO kerana pertubuhan-pertubuhan ini mudah faham dengan isu-isu semasa dan dapat menyampaikan maklumat berkenaan kepada orang ramai.
“Kini rakyat lebih selesa dengan NGO maka wakil NGO boleh sampaikan maklumat tentang apa yang berlaku kepada rakyat,” kata Mohd Ridzuan.
Apabila ditanya tentang pembatalan acara seperti yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Mohd Ridzuan berkata PWTC milik UMNO dan Barisan Nasional.
“PWTC milik parti keramat. Kenapa perlu ada permit dan sebagainya. Ini bangunan sendiri milik UMNO,” katanya ringkas kepada pemberita.
Sementara itu, Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia Datuk A Chandrakumanan berkata acara berkenaan wajar dibatalkan atas aspek keselamatan.
“Perdana Menteri tidak datang sebab isu keselamatan. Bila Tun Mahathir datang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk mencetuskan provokasi.
“Dalam masa akan datang, kita berharap penganjur akan utamakan keselamatan. Ini penting,” katanya kepada pemberita.
Pihak penganjur dalam satu sidang media berkata mereka kesal dengan tindakan provokasi beberapa pihak sehingga menyebabkan pembatalan program berkenaan.
"Kami kesal kerana program menjadi kecoh pagi tadi. Kita kesal dengan tindakan provokasi mana-mana pihak yang ingkar arahan polis. Program ini dianjurkan agar rakyat dapat bertukar pandangan dengan pemimpin," pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Beliau berkata akan berjumpa dengan Najib bagi mendapatkan tarikh baharu untuk mengadakan sesi dialog antara pemimpin negara itu bersama wakil-wakil NGO.
BACA: #Nothing2Hide: Penganjur akan akan umum tarikh baharu 'Dialog PM bersama NGO'
Program tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi tetapi diumumkan batal sekitar jam 8:55 pagi oleh Khalid.
Syafique Shuib
Fri Jun 05 2015

Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang dengan wakil NGO. -Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

#Nothing2Hide: 'Bukan tak sokong, tapi kecewa' - Wakil NGO
Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang dengan wakil NGO agar maklumat boleh disampaikan kepada rakyat.

Harapan sempena Hari Wilayah Persekutuan
Astro Awani telah mendapatkan pandangan beberapa pemimpin tentang hasrat mereka untuk tahun-tahun yang akan datang.