Pusat beli-belah adalah antara sektor peruncitan yang memberi sumbangan kepada ekonomi negara, namun demikian, pembukaan semula premis berkenaan seharusnya diselaraskan dengan pematuhan langkah berjaga-jaga supaya keluk COVID-19 yang dilihat hampir rata tidak melonjak semula.
Bercakap pada forum Virtual Roundtable yang membincangkan persediaan mengenai pembukaan semula sektor peruncitan, Ketua Pegawai Operasi Pusat Beli-Belah Sunway, Kevin Tan berkongsi mengenai enam langkah yang dipraktikkan oleh pusat beli-belah itu, seperti berikut:
- Mempertingkatkan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah keselamatan termasuk penjarakan sosial.
- Pelanggan perlu mematuhi garis panduan pusat beli-belah itu yang menetapkan nisbah 200 kaki persegi bagi setiap individu.
- Menghadkan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik pengunjung dalam skala yang besar.
- Jika tidak dapat elak, pastikan jumlah pengunjung yang menyertai aktiviti itu dihadkan bagi memastikan aspek penjarakan sosial dipatuhi.
- Operasi nyahkuman dan pemeriksaan suhu badan dipertingkatkan termasuk di setiap pintu masuk dan kedai di dalam pusat beli-belah itu.
- Memulakan projek perintis waktu kerja fleksibel selama sebulan dan jika terbukti berkesan, waktu fleksibel itu akan dilanjutkan - peruncit boleh memilih sama ada untuk beroperasi selama lapan jam sehari berbanding 12 jam sebelum PKP.
- Menggalakkan urus niaga tanpa tunai