Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) rasuah mencapai sasaran melebihi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam usaha menangani jenayah rasuah di negara ini.
Pengarah NKRA Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata sasaran itu dinilai panel antarabangsa sekaligus mengiktiraf kesungguhan kerajaan dalam usaha memerangi gejala rasuah.
"Panel antarabangsa memuji negara kita sebagai negara yang serius memerangi rasuah...dan ini bukan kosmetik atau retorik tetapi perkara yang jelas diterjemahkan dalam gerak kerja GTP (Program Transformasi Kerajaan)," katanya kepada Bernama selepas program 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam tadi.
Beliau berkata satu daripada bukti kerajaan serius menangani rasuah ialah menetapkan rasuah sebagai tanda aras KPI negara menerusi NKRA dan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Bagaimanapun, Hisham berkata usaha memerangi rasuah merupakan satu gerak kerja berterusan yang tiada batasan dan penghujung kerana pelbagai aspek perlu dinilai memandangkan rasuah berada di mana-mana.
"Satu usaha berterusan, tidak boleh berakhir...kita tidak boleh katakan hari ini kita boleh berhenti memerangi rasuah, tidak ada hadnya," katanya.
Di samping itu, beliau berkata persepsi rakyat terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah masih menjadi cabaran utama dan memerlukan tempoh masa yang lama untuk mengubah serta mendidik rakyat supaya menerima segala bentuk perancangan kerajaan.
Sementara itu, Hisham berkata pihaknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses membuat modul untuk latihan integriti kepada anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) bagi memberi pendedahan berkaitan rasuah serta penerapan nilai murni supaya golongan itu lebih berintegriti tinggi dan beretika.
"Latihan mungkin akan dilaksanakan kepada ahli parlimen dan Adun baharu selepas PRU13 (pilihan raya umum ke-13) ini nanti," katanya.
Dalam pada itu, Hisham berkata manifesto dan aku janji Barisan Nasional tidak dianggap sebagai memberi rasuah untuk menarik pengundi kerana manifesto itu mengisi harapan rakyat, memberi faedah kepada semua orang dan tidak terhad kepada inidividu tertentu.
Bernama
Wed Apr 10 2013
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Laporan Ketua Audit Negara dibentang secara bersiri mulai tahun ini Laporan Ketua Audit Negara dibentang secara bersiri mulai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71380604351_295x200.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara dibentang secara bersiri mulai tahun ini
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong manakala Siri 3 dijangka dikemukakan pada November.
![Kadar promosi Kompleks Parkir Gombak dilanjutkan Kadar promosi Kompleks Parkir Gombak dilanjutkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61364985465_295x200.jpg)
Kadar promosi Kompleks Parkir Gombak dilanjutkan
Kadar promosi RM4 sekali masuk di Kompleks Parkir Bertingkat di Stesen LRT Gombak akan dilanjutkan hingga hujung tahun ini.
![Analisis Awani: Indeks jenayah dan persepsi masyarakat Analisis Awani: Indeks jenayah dan persepsi masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359075685_295x200.jpg)
Analisis Awani: Indeks jenayah dan persepsi masyarakat
Penglibatan secara langsung polis dalam setiap aktiviti kemasyarakatan di sesebuah komuniti dilihat mampu menguruskan persepsi masyarakat terhadap polis dalam pembanterasan jenayah.
![Fasa pertama GTP catat kejayaan nyata - Najib Fasa pertama GTP catat kejayaan nyata - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/81363757516_295x200.jpg)
Fasa pertama GTP catat kejayaan nyata - Najib
Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
![GTP tahun lalu catat kejayaan GTP tahun lalu catat kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/41363741444_295x200.jpg)
GTP tahun lalu catat kejayaan
Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan bagi kesemua tujuh bidang keberhasilan utama negara.
PDRM berikrar untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikrar untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dalam usaha menjaga ketenteraman awam.