Mahkamah Tinggi pada Isnin diberitahu bahawa nilai kontrak RM1.25 bilion bagi projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak ditetapkan oleh Jepak Holdings Sdn Bhd tanpa mengadakan rundingan harga dengan Kementerian Pendidikan.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Malaysia Datuk Othman Semail, 58, berkata tiada rundingan harga dibuat antara Kementerian Pendidikan dan Jepak untuk mendapatkan nilai terbaik bagi wang sebelum Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
"Nilai kontrak bagi projek solar itu sebanyak RM1.25 bilion ditetapkan oleh Jepak dari mula lagi dan diterima sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.
"Setahu saya, tiada pengurusan nilai dibuat meskipun ia diwajibkan ke atas projek fizikal melebihi RM50 juta," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya T. Deepa Nair semasa perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar.
Othman, yang ketika itu Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan, berkata beliau juga tidak pernah mendapat gambaran jelas mengenai keperluan pelaksanaan projek solar hibrid, skop projek dan kemampuan Kementerian Pendidikan untuk membiayai serta keupayaan Jepak melaksanakan projek berkenaan.
Saksi ketujuh pendakwaan itu berkata pelaksanaan projek solar hibrid diberikan kepada Jepak atas arahan dan kelulusan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu juga adalah Menteri Kewangan.
Membacakan penyataan saksinya, Othman berkata pada 10 Nov 2016, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan SST kepada Jepak untuk melaksanakan projek itu.
"Saya dan Bahagian Perolehan Kerajaan terlibat dalam urusan perolehan projek solar hibrid kerana projek itu kononnya dianugerahkan kepada Jepak melalui kaedah rundingan terus.
"Walaupun projek solar hibrid dikatakan telah diberi kepada Jepak, kononnya menerusi rundingan terus, tetapi berdasarkan pengetahuan saya, peraturan dan proses kerja berkaitan rundingan harga tidak dipatuhi sebelum SST dikeluarkan kepada syarikat itu," katanya.
Beliau juga berkata tidak wujud sebarang dokumen seperti Laporan Hasil Rundingan Harga kepada Pekeliling Perbendaharaan dan berdasarkan surat Jepak bertarikh 6 Nov 2016, ia didapati tidak mengandungi maklumat mencukupi untuk pengeluaran SST.
“Surat itu tidak menceritakan keputusan rundingan harga yang kononnya telah disempurnakan dan berdasarkan pengalaman saya, ini adalah satu-satunya kes yang menyaksikan Datuk Seri Najib memberi arahan untuk mengeluarkan SST kepada Datuk Seri Mahdzir Khalid, ketika itu Menteri Pendidikan, berdasarkan permintaan syarikat.
“Bahagian Perolehan Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Kementerian Pendidikan yang mengeluarkan SST tanpa menjalankan rundingan harga dan hanya sekadar mengambil maklum tindakan itu. Ini kerana SST telah dikeluarkan dan satu ikatan kontrak telah diwujudkan antara Kementerian Pendidikan dan Jepak berdasarkan terma-terma yang dinyatakan dalam SST itu,” katanya.
Othman berkata pada 22 Mac 2017, pihaknya telah menerima permohonan daripada Kementerian Pendidikan untuk pembayaran pendahuluan sebanyak RM130 juta kepada Jepak bagi melaksanakan projek solar itu berdasarkan minit yang dibuat oleh Najib.
“Merujuk kepada surat Jepak kepada Najib, bekas perdana menteri itu ada meminitkan ‘Diluluskan permohonan ini. Sila keluarkan pendahuluan dengan segera',” katanya yang turut memaklumkan Kementerian Pendidikan dikehendaki membuat pembayaran interim berjumlah RM92,073,160.67 kepada Jepak dengan segera kerana syarikat itu telah mengugut untuk memberhentikan bekalan diesel kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020

Datuk Othman Semail ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, 17 Feb, 2020. --fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Kes projek solar: Susulan penghakiman tular, Rosmah mohon Hakim Zaini undur diri
Rosmah berkata, terdapat ketirisan atau kebocoran, selain penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan Zaini sendiri.

Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

Kes rasuah: Rosmah gagal batalkan perbicaraan projek solar hibrid
Permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini.

Saya tidak lakukan apa-apa kesalahan jenayah, ini fitnah terhadap saya - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam kes projek solar hibrid.

Projek solar: Bicara kes saman ahli perniagaan terhadap rakan kongsi 5 Dis 2022
Perbicaraan itu akan bermula pada 5 Disember tahun depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rosmah dan Najib tiba di Mahkamah berselang 5 minit
Datuk Seri Najib Tun Razak pula tiba di mahkamah bagi menemani Rosmah sebelum menghadiri perbicaraan kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![[LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri [LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613614949_RosmahMansor.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.

Rosmah hadir perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.