SAN FRANCISCO: Kerajaan Perpaduan yang akan memasuki usia setahun pentadbirannya, mempunyai kelemahan, namun sebarang penilaian perlu dibuat secara profesional dan adil, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
"Saya berani katakan, walaupun saya sendiri perlu banyak belajar. Ini penggal pertama saya sebagai menteri, banyak cabarannya, tidak syak lagi.
"Tetapi, saya fikir anggota Kabinet ramai yang mempunyai pengalaman tetapi ada juga kali pertama menjadi menteri yang terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tugas mereka," katanya ketika ditanya mengenai persepsi umum beberapa menteri yang tidak mencapai standard diperlukan.
Justeru, terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau ingin merombak Kabinet, kata Fahmi kepada media Malaysia di sini di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30, yang berakhir hari ini.
"Adil untuk mengatakan bahawa ada yang perlu bekerja lebih keras dan lebih bijak. Saya bukanlah tidak bersetuju.
Beliau berkata penting juga untuk melihat sama ada kementerian atau menteri yang mempunyai kelemahan, dan perlu mencari penyelesaian sekiranya terdapat masalah.
"Jadi, tidak semestinya (kelemahan) menteri itu sendiri. Anda boleh ada menteri yang bagus, tetapi jika ada masalah lain di sana, anda masih akan menghadapi kesulitan," katanya.
Fahmi berkata secara keseluruhan, Kerajaan Perpaduan telah memperoleh banyak pencapaian, walaupun menghadapi cabaran domestik dan global.
"Harga barang dan inflasi terkawal. Bagi sektor komunikasi, kadar inflasi sektor ini kekal -3.7 peratus. Ia sekali gus memudahkan rakyat mendapat akses Internet dan ekonomi digital," katanya.
Beliau berkata kejayaan program seperti Skim Perubatan MADANI, peningkatan jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan-bantuan yang telah meningkat untuk golongan petani dan pesawah, menyaksikan peningkatan pertama dalam masa 25 tahun.
Dari segi pelaburan, Fahmi berkata kerajaan juga telah menarik banyak pelaburan dari Timur Tengah, China mahupun Amerika Syarikat.
"Tetapi, pada masa yang sama terdapat perkara yang sedang dibuat, seperti pembaharuan institusi yang akan mengambil sedikit masa," katanya.
Fahmi berkata satu sambutan secara besar-besaran untuk menandakan pemerintahan satu tahun Kerajaan Perpaduan akan diadakan dari 8 hingga 10 Dis ini, dan segala kejayaan yang dikecapi kerajaan akan dikumpul dan disebarkan.
"Walaupun sambutan utama diadakan di Bukit Jalil, kami akan memastikan semua medium mengambil bahagian dan mesej serta pencapaian Kerajaan Perpaduan disebarkan ke seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Kerajaan Perpaduan yang akan memasuki usia setahun pentadbirannya, mempunyai kelemahan, namun sebarang penilaian perlu dibuat secara profesional dan adil, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengenang Tun Daim: Kerajaan rakam takziah - Fahmi
Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun, pagi tadi.
Formula Kerajaan Perpaduan jadi asas kerjasama BN-PH dalam PRN17 Sabah
Formula tersebut menjadi salah satu perkara utama yang diberi perhatian oleh kedua-dua parti dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadiri Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI - Fahmi
Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas.
Keselamatan digital: Kerajaan belum berhasrat bina aplikasi khusus - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata, terdapat sejumlah aplikasi dalam pasaran yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh para pengguna dalam negara ketika ini.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Kenyataan Zahid Hamidi buktikan kesatuan pimpinan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mengingatkan pimpinan UMNO supaya tidak 'mengusik' rakan-rakan parti komponen membuktikan semangat perpaduan dalam kerajaan.