KUALA LUMPUR: Nilai bantuan bina baharu Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) yang sebelum ini dikenali Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dinaikkan daripada RM56,000 kepada RM66,000 seunit bagi Semenanjung Malaysia dan daripada RM68,000 kepada RM79,000 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan kenaikan itu, berkata bantuan baik pulih pula dinaikkan pada kadar maksimum RM15,000 di Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dinaikkan ke kadar maksimum RM17,000.
Sebelum ini kadar baik pulih di Semenanjung adalah RM13,000 dan RM15,000 di Sabah, Sarawak serta Labuan.
"Kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja yang dilaksanakan.
"Ia juga bagi mengekang kenaikan harga bahan binaan yang perlu ditanggung kontraktor terutama sejak Mei 2022 berdasarkan laporan indeks harga seunit bahan binaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulan September 2022 kementerian itu di Wisma Felcra di sini hari ini.
Mahdzir berharap dengan menaikkan kadar bantuan itu, kontraktor PRKM boleh meneruskan projek mereka kerana margin keuntungan dijamin mencukupi dengan nilai baharu yang diluluskan itu.
Beliau berkata kenaikan nilai bantuan itu juga membolehkan kira-kira 13,000 unit rumah PRKM dilaksanakan di seluruh negara.
"Ia akan memberi manfaat kepada lebih 70,000 isi rumah di luar bandar yang akan menerima bantuan rumah itu," katanya.
Terdahulu pada majlis sama, Mahdzir menyampaikan replika kunci rumah PRKM yang siap dibina kepada 10 penerima bantuan perumahan itu.
Turut disampaikan, Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Anak Felcra 2021, Anugerah Peningkatan Produktiviti Estet Padi Musim 1/2022 dan Anugerah Khidmat Setia Felcra.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022

Mahdzir berkata, kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek kerana tiada margin keuntungan kerja yang dilaksanakan. - Bernama

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

TikToker dikecam duduk rumah PPR tapi gaya hidup T20
"Saya cari kerja untuk bayar semua hutang..." - Syamimia buka mulut tangkis salah faham masyarakat.

Perak cadang bina empat projek PPR bantu sedia kediaman murah untuk rakyat
Sandrea Ng Shy Ching berkata setakat ini terdapat 16 PPR di seluruh negeri Perak dengan 2,876 unit rumah telah dibina.

Marang, Arau antara lokasi projek PPR baharu pada 2023
Kerajaan memperuntukkan RM367 juta bagi pelaksanaan beberapa projek Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun hadapan.

Nilai bantuan bina rumah PRKM dinaikkan - Mahdzir
Kenaikan itu akan membantu pihak kontraktor menangani isu peningkatan kos bahan binaan yang menyebabkan mereka gagal menyiapkan projek.

Akibat salah faham, pergaduhan keluarga jadi besar
Bermula dengan 10 lelaki yang bergaduh sesama ahli keluarga, melarat kepada 10 lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan.

KPKT cadang tubuh perbadanan khas urus, selenggara PPR
Penubuhan 3P merupakan salah satu pelan tindakan di bawah Dasar Perumahan Negara (2018-2025).

Cuaca panas buatkan ular merayap cari tempat berteduh
Faktor itu juga dikatakan turut menyumbang kepada peningkatan mendadak kes tangkapan ular di negeri Terengganu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Hampir 5,000 keluarga setinggan Kuching akan dibantu miliki rumah
Penempatan di bawah Program Perumahan Rakyat alternatif terbaik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menangani isu setinggan bagi sebahagian besar golongan kurang mampu di negeri Sarawak.

Perumahan mampu milik antara fokus kerajaan BN - PM Najib
Beliau berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan perumahan mampu milik sejak 2009, ketika beliau mula menyandang jawatan Perdana Menteri.

KPKT rangka strategi tambah baik kehidupan penduduk PPR
KPKT sedang merangka strategi dalam menambah baik kualiti dan kehidupan sosial terutama dalam kalangan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).