Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku tidak tahu-menahu tentang strategi atau isu yang menyebabkan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya sehingga membuka jalan kepada satu pilihan raya kecil.
Katanya, beliau menunggu penjelasan daripada pihak Parti Keadilan Rakyat yang beliau percaya ada sebab-sebab tertentu sehingga tindakan itu diambil.
"Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS (Datuk Seri Abdul HadiAwang) selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan langkah itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya dan menjadikan Selangor sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.
Beliau juga dalam kenyataannya meminta maaf kepada rakyat Malaysia khususnya pengundi di Kajang kerana memaksa mereka melalui satu lagi pilihan raya kecil yang akan memakan masa dan wang rakyat.
Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".
Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan pandangan bahawa langkah mengosongkan kerusi itu sebagai satu manipulasi demokrasi.
Beliau merujuk kepada krisis perlembagaan di Perak pada 2009 dan menyifatkannya sebagai tindakan yang "membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang."
"UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan," katanya.
Beliau seterusnya mencabar UMNO dan Barisan Nasional supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya parti itu menganggap proses pilihan raya itu sebagai satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menegaskan BN akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil Kajang kerana dalam sebuah negara demokrasi, BN berhak meletakkan calonnya.
Astro Awani
Wed Jan 29 2014
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Jenazah ‘maestro’ industri hiburan, S. Atan selamat dikebumikan
Jenazah maestro industri hiburan tanah air Datuk Hashim Said, yang lebih dikenali sebagai S. Atan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang pada jam 11 pagi Ahad.
Sindiket penyeludupan migran warga Indonesia tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran warga Indonesia menerusi satu operasi khas di sekitar Kajang.
Polis buru lelaki, wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu menahan mereka di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara, semalam.
Dua anggota polis didakwa peras ugut seorang lelaki Myanmar
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar.
Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kajang semalam.
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di Kajang.
'Saya tak sanggup tengok video itu'
Luahan Samad Bakar,kepada Shahril Samad yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul serta diikat sekumpulan lelaki susulan kemalangan.