KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri telah meluluskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang berperanan sebagai kerangka pertumbuhan masa depan serta menggariskan asas bagi pembaharuan dasar pelaburan negara ini.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata NIA juga menjadi teras bagi merancakkan semula iklim pelaburan Malaysia, menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara selain mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi, khususnya pada tempoh pasca-COVID-19.
"Sejajar usaha melangkah ke depan, Malaysia perlu mengguna pakai satu pendekatan komprehensif untuk mempergiat semula ekosistem pelaburan serta memberi tindak balas sewajarnya terhadap kemunculan perkembangan trend mega selain keperluan pelabur yang sentiasa berubah.
"Malaysia perlu berani bangkit untuk menghadapi cabaran ini dengan sentiasa meningkatkan nilai unik negara yang merentasi pelbagai elemen seperti insentif, kemudahan, tenaga kerja, infrastruktur selain mekanisme perundangan, pengawalseliaan, presedur dan institusi," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mohamed Azmin berkata, sejajar dengan penekanan itu, teras NIA menumpukan aspek kejelasan serta keteguhan dengan kesemua aspirasi ini dipaparkan dalam semua dokumen dasar kebangsaan serta inisiatif berkaitan pelaburan, termasuk Pelan Induk Perindustrian Keempat dan Rancangan Malaysia Ke-12.
Sehubungan itu, katanya, NIA berteraskan lima parameter sebagai asas bagi mempertingkat daya saing dan memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan.
"Ini akan turut mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi yang mewujudkan pendapatan lebih baik untuk rakyat, mengembangkan serta menyepadukan jaringan domestik ke dalam rantaian bekalan serantau dan global dengan memantapkan daya tahan.
"Aspek lain termasuk membangunkan kluster baharu dan sedia ada dengan menumpukan sektor produktiviti tinggi, termasuk produk-produk dan perkhidmatan tempatan sambil meningkatkan keterangkuman untuk menyumbang ke arah agenda pembangunan sosioekonomi," katanya.
Malah, sejajar usaha bagi meningkatkan kepelbagaian dan penglibatan dalam industri lebih kompleks, beliau berkata penekanan itu perlu disasarkan ke arah penerapan rejim cukai dan insentif lebih dinamik dan mantap, mewujudkan kelompok bakat atau tenaga kerja menerusi kerjasama dengan industri berkaitan, meningkatkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan serta pemudahcara seperti prosedur kastam.
Mohamed Azmin berkata NIA turut mengiktiraf kepentingan peranan strategi penggalakan pelaburan bagi menarik pelaburan berkualiti.
NIA juga akan menjadi garis panduan dasar dan langkah bukan dasar yang melibatkan penekanan khusus terhadap promosi serta kemudahan strategi pelaburan yang lebih bersasar, relevan dan berkesan.
"Ini penting dalam usaha memastikan pelaburan dalam sektor keutamaan yang dikenal pasti dapat memasuki negara dan seterusnya membawa kepada impak limpahan ekonomi yang positif," katanya.
Selain itu, katanya, NIA turut menumpukan aspek keterangkuman dan kemampanan yang selaras dengan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berikutan pelaburan baharu yang berteraskan elemen-elemen itu dan seterusnya mendorong pertumbuhan sektor sofistikated dari segi teknologi selain mengukuhkan hubungan di masa depan serta jaringan terbabit.
"Bagi jangka panjang, NIA menggalakkan kelangsungan aliran pelaburan berkualiti dalam bidang pertumbuhan baharu dan berkemungkinan kompleks, memupuk inovasi dan elemen canggih, mewujudkan peluang pekerjaan dan mempertingkat prospek pendapatan.
"Ini akan turut meningkatkan lagi keyakinan pelaburan dan perniagaan di Malaysia ketika kita terus mengekalkan daya saing dan menawarkan khidmat sebagai pusat aktiviti ekonomi dan perniagaan di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 21 2021

Mohamed Azmin berkata NIA juga menjadi teras bagi merancakkan semula iklim pelaburan Malaysia. -Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

NIA jadi teras pembaharuan dasar pelaburan negara - Azmin
NIA menjadi teras merancakkan semula iklim pelaburan Malaysia, menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara selain mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Didakwa sokong Daish, tiga bank diminta bekukan akaun Ustaz Zakir Naik
Agensi penyiasatan mendakwa menemui dokumen yang menunjukkan anggota Daish menerima wang dari yayasan milik penceramah terkenal Ustaz Zakir Naik.