Badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang berhasrat untuk membantu rakyat Palestin yang kini menjadi mangsa kekejaman tentera Israel, disaran agar tidak bergerak sendiri ke negara yang sedang bergolak itu.
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, keadaan di negara berkenaan ketika ini masih bergolak justeru perancangan teliti dan aspek keselamatan perlu dititikberatkan sebelum berlepas ke sana.
"Biro Kebajikan UMNO berharap agar semua NGO di negara ini yang ingin pergi ke Gaza, jangan bertindak terburu-buru sebaliknya duduk sekali untuk berbincang, kita wujudkan satu sekretariat dan ketepikan sempadan politik.
"Setahu saya, setakat ini belum ada yang bergerak sendiri tetapi ada yang sudah membuat pengumuman (untuk pergi), sebab itu saya cadangkan kita duduk berbincang bersama.
"Dan pergi ke sana di bawah satu panji dan semangat Malaysia, bukan pergi atas nama parti untuk membantu rakyat Palestin yang menderita," katanya kepada pemberita selepas membawa 120 anak yatim dari kawasan Parlimen Baling membeli pakaian di sebuah gedung pakaian di sini, semalam.
Abdul Azeez yang juga Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia berkata beliau sedang bersiap siaga untuk melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza bersama-sama doktor pakar, sukarelawan dan petugas media.
"Sekarang kita sudah ada 23 doktor pakar yang mendaftar untuk pergi, ada juga beberapa NGO yang menawarkan diri untuk turut serta. Kita masih memerlukan khidmat sukarela daripada lebih ramai doktor pakar (pelbagai bidang) untuk turut serta dalam misi ini," katanya.
Menjelaskan mengenai program anak yatim itu, Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling berkata, program tahunan Pejabat Umno Bahagian Baling dan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Baling itu bertujuan meraikan golongan itu agar mereka dapat berhari raya sama seperti rakan sebaya mereka yang mempunyai ibu bapa.
Bernama
Mon Jul 14 2014
ABDUL AZEEZ: Jangan bertindak terburu-buru, duduk sekali untuk berbincang dahulu.
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.