Pengasas bersama Need To Feed The Need, Mimi Liana Shahmi berkata pihaknya akan meneruskan usaha memberi bantuan kepada golongan tersebut.
"Kami tidak akan berhenti. Kami akan teruskan selagi mendapat sokongan pihak berkuasa, kerajaan dan orang awam yang banyak membantu," kata Mimi Liana ketika ditemu bual Buletin Awani 745.
Turut hadir Niza Haniz Mustaffa yang mengendalikan Projek KASEH4U.
"Dengan sekatan atau tidak, kami tetap meneruskan aktiviti kami,” katanya lagi.
Sementara itu, kebanyakan mereka yang ditemui merasakan keputusan yang dibuat itu sebagai tepat kerana tiada salahnya bagi mana-mana pihak membantu mereka yang memerlukan bantuan.