KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Public Bank Bhd (Public Bank) membayar ganti rugi sebanyak RM510,000 kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) selepas NFCorp dan tiga yang lain berjaya dalam rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman RM560 juta terhadap Public Bank atas kebocoran-kebocoran maklumat sulit akaun bank mereka.
Ia termasuk ganti rugi nominal sebanyak RM10,000 dan kos sebanyak RM500,000.
Dalam keputusan sebulat suara panel Mahkamah Rayuan, Hakim S Nantha Balan berkata terdapat salah tafsiran serius terhadap keterangan yang memerlukan campur tangan perayu.
"Kami berpendapat terdapat salah nilai bukti yang serius yang mewajarkan campur tangan kami (Mahkamah Rayuan).
"Hakim bicara mengabaikan bukti penting, khususnya keterangan Veronica Foo di hadapan panel siasatan dalaman dan pendirian bank berhubung tuduhan salah laku serius terhadap (bekas kerani bank) Johari Mohamed.
"Dalam kes ini, Hakim Mahkamah Tinggi telah membelakangkan bukti penting terutamanya keterangan yang diberikan oleh Foo pada panel Inkuiri Dalaman dan tindakan yang diambil oleh pihak bank terhadap Johari.
“Oleh itu kami membenarkan rayuan perayu atas liabiliti berkenaan,” katanya ketika membaca penghakiman ringkas hari ini.
Keputusan itu turut dibuat bersama Hakim Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama-sama Datuk P. Ravinthran.
Dalam prosiding hari ini, perayu, NFCorp dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohamad Salleh Ismail serta dua anak syarikatnya iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd diwakili peguam Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah manakala peguam Poh Choo Hoe mewakili Public Bank selaku responden.
Pada 29 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman NFCorp dan Mohamad Salleh terhadap Public Bank Berhad.
Saman RM560 juta yang difailkan pada 2012 itu berhubung dakwaan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp dan tiga anak syarikatnya disebarkan kepada umum secara meluas oleh bank berkenaan.
Lima plaintif itu adalah Mohamad Salleh, NFCorp, National Meat & Livestock, Agroscience Indutries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd.
Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam keputusannya ketika itu berkata mahkamah mendapati NFCorp gagal membuktikan kes terhadap Public Bank selaku defendan berdasarkan imbangan kebarangkalian.
Astro Awani
Wed Aug 30 2023

Dalam keputusan sebulat suara panel Mahkamah Rayuan, Hakim S Nantha Balan berkata terdapat salah tafsiran serius terhadap keterangan yang memerlukan campur tangan perayu. - Gambar fail/Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

NFCorp menang saman, Mahkamah Rayuan arah Public Bank bayar ganti rugi
Ia termasuk ganti rugi nominal sebanyak RM10,000 dan kos sebanyak RM500,000.