Mahkamah Rayuan pada Jumaat memerintahkan kes Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang menghadapi dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta itu diteruskan dalam perbicaraan penuh di Mahkamah Sesyen.
Ketika menolak rayuan Mohamad Salleh untuk membatalkan kedua-dua pertuduhan pecah amanah, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai barisan panel hakim berkata dalam kes ini, perbicaraan telah bermula di Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan telah memanggil saksi-saksinya untuk memberi keterangan.
Oleh yang demikian, kata beliau, perbicaraan hendaklah diteruskan.
"Jika pihak pembela mempunyai pembelaan yang kukuh berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, mereka boleh membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan semula bagi meneruskan pertuduhan atau sebaliknya.
"Kami tidak mempunyai alternatif. Kami menolak rayuan dan perintah Mahkamah Tinggi dikekalkan dan kami mengarahkan supaya perbicaraan di mahkamah peringkat rendah (Mahkamah Sesyen) diteruskan," kata Hakim Md Raus yang mendengar rayuan bersama hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.
Mohamad Salleh memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rayuannya berhubung dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya untuk membatalkan kedua-dua pertuduhan.
Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFCorp, dituduh melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Kesalahan itu dikatakan dilakukan di antara 1 dan 4 Dis, 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Dia juga dituduh melakukan kesalahan yang serupa dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang dia dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Mohamad Salleh juga menghadapi dua lagi pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan syarikat untuk membuat sebahagian daripada pembayaran bagi pembelian unit-unit kondominium.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.
Perbicaraan sebelumnya di Mahkamah Sesyen juga termasuk kedua-dua pertuduhan.
Semasa prosiding pada Jumaat, ketika ditanya oleh Hakim Md Raus mengapa pihak pembela tidak merayu terhadap dua lagi pertuduhan, peguam Mohamad Salleh iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjawab bahawa kedua-dua pertuduhan tidak mempunyai prospek dan jika mahkamah membenarkan rayuan hari ini untuk membatalkan tuduhan pecah amanah, dua lagi pertuduhan tidak dapat bertahan.
Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah bahawa dua lagi pertuduhan pecah amanah terhadap anak guamnya adalah tidak berasas dan harus dibatalkan oleh mahkamah.
Sebelum Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir menjawab hujah Muhammad Shafee, Hakim Md Raus bertanya kepada Syed Faisal sama ada mahkamah boleh membatalkan pertuduhan pecah amanah tanpa mendengar keterangan saksi-saksi.
Syed Faisal berhujah bahawa mahkamah tidak mempunyai budi bicara untuk membatalkan pertuduhan kerana pertuduhan itu adalah tepat dan benar terhadap perayu (Mohamad Salleh).
Beliau menekankan bahawa perbicaraan kes bermula di Mahkamah Sesyen di peringkat pemeriksaan utama saksi-saksi pihak pendakwa, oleh itu ia harus diteruskan.
Mohamad Salleh hadir di mahkamah diiringi isterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Di luar mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu pemberita bahawa susulan keputusan semalam, beliau akan menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara menjelang Isnin ini untuk mempertimbangkan semula pertuduhan terhadap anak guamnya.
Bernama
Sat Aug 29 2015
Mohamad Salleh (gambar) dituduh melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur. -Gambar fail
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang berkaitan karbon
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang karbon khasnya berkaitan penghantaran rentas sempadan, sebelum perdagangan komoditi berkenaan dapat dimulakan.
SUKMA 2024: KBS puji Sarawak naik taraf kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji usaha kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, khususnya Lapang Sasar Menembak yang dilengkapi sistem elektronik.
Terjunan emas Elvis di pusat akuatik Pandelela Rinong
Sarawak membuktikan wilayah itu tidak ketandusan atlet terjun. apabila Elvis Priestly Clement mengungguli acara 3 meter papan anjal lelaki.
Nur Afrina leburkan rekod 100 meter wanita SUKMA
Atlet Selangor Nur Afrina Batrisyia mempamerkan larian bertenaga untuk membawa pulang emas 100m wanita selepas mengungguli saingan dengan 11.64s, yang juga rekod baharu temasya SUKMA 2024.
Danish Iftikhar raja pecut SUKMA 2024
Danish Iftikhar mencatatkan 10.53 saat (s) untuk menang pingat emas buat Johor, menafikan cabaran sengit dua lagi pelumba Danish Irfan Tamrin dan Muhammad Erfain Feerzan Qhan Mohd Yazid yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.
OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.
Berita Terkini Kita: Cerita komuniti di Kuala Terengganu
Berita Terkini Kita minggu ini ke Terengganu bersama Nursyazwani Saiful Sham. Ikuti perkongsian #InilahKita berkenaan komuniti Peranakan Cina di Terengganu. Peranakan Cina yang terdapat di Terengganu sedikit berbeza dengan berasimilasi kepada budaya Melayu.
China terus rekod pertumbuhan stabil pada suku kedua 2024
Ekonomi China terus merekodkan pertumbuhan stabil pada Julai dengan hasil jualan entiti pasaran pulih selain soroton positif di pelbagai sektor.
900 majikan gaji PATI ditangkap bagi tempoh 1 Jan hingga 16 Ogos - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sesekali berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang tanpa izin (PATI) dan tindakan tegas akan diambil.
Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.
Suspek culik Albertine Leo didakwa esok atas 15 pertuduhan
Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan enam tahun, di Eco Galleria, Iskandar Puteri, akan didakwa esok di mahkamah.
Sebabkan kematian rakan: Suami isteri terlepas hukuman mati
Pasangan itu diarah menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 19 Dis 2016.
Rayuan akhir Peter Anthony selesai, mahkamah tangguh keputusan
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas mendengar hujah peguam Datuk Nicholas Kow Eng Chuan dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
FIFPRO heret FIFA ke mahkamah angkara jadual padat
Kontroversi timbul mengenai kalendar padat berikutan beberapa pengenalan baru dalam Piala Dunia Kelab FIFA dijadual tahun depan di AS.
Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan
Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan bahawa 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Mahkamah lepas tanpa bebas suami pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang lelaki atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop dan kayu besbol serta membaling kerusi plastik ke atas wanita itu.
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.