KUANTAN: Bekerja di bawah panas terik dan ada kalanya hujan sama sekali tidak mematahkan semangat buat nenek kepada tujuh cucu Nor Pisah Abdul Rahman untuk mencari rezeki sebagai tukang sapu.
Meskipun pekerjaan yang dilakukan itu sering dipandang sepi dan tidak 'glamor' apatah lagi terpaksa bergelumang dengan sampah sarap, Nor Pisah yang bakal mencecah usia 59 tahun pada September ini tetap menganggap pekerjaan itu terbaik dan mulia.
"Saya mula kerja ketika berusia 30-an kerana nak bantu arwah suami yang juga kerja Alam Flora, ketika itu anak tiga orang nak masuk empat, saya perlu kerja untuk tambah pendapatan keluarga kami.
"Memang letih dan pernah rasa nak berhenti tetapi kalau tidak kerja saya tak ada pendapatan dan Alhamdulillah dengan rezeki melalui pekerjaan ini anak-anak dapat belajar dan sekarang sudah bekerja," kongsi ibu kepada enam cahaya mata itu kepada Bernama.
Beliau ditemui selepas menerima Anugerah Pekerja Dedikasi 2024 di sini hari ini pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2024 atau Garbage Man Day (GMD) yang disambut setiap 17 Jun di peringkat antarabangsa bertujuan memotivasikan, menghargai dan mengiktiraf pekerja pembersihan.
Bercerita lanjut, pekerja pembersihan Alam Flora itu berkata tugasnya bermula seawal 7 pagi hingga 4 petang dengan menyapu di kawasan Bukit Sekilau, di sini.
"Secara keseluruhan kumpulan saya ada dalam 30 orang, setiap pagi kami akan berkumpul sebelum dihantar menaiki lori ke kawasan masing-masing untuk kerja pembersihan dan akan diambil semula selepas tamat tugas," katanya yang menetap di Kampung Padang Jaya, di sini.
"Dulu memang geli, rasa nak muntah bila terjumpa bangkai binatang dan kena pegang tetapi saya sudah biasa kerana hari-hari kita buat benda yang sama, malah masa muda dulu pernah orang kurang siuman kejar masa saya tengah menyapu...itu semua kenangan bergelar tukang sapu," katanya tersenyum.
Bakal bersara tahun depan, namun kelihatan masih bertenaga beliau menzahirkan penghargaan di atas anugerah yang diterima dan sokongan daripada orang sekeliling yang prihatin turut menyuntik semangat untuk bekerja.
"Memang seronok lakukan kerja ini dan ada juga bila orang jumpa saya kata banyak pahala awak dapat dan ada juga masyarakat Cina serta India kalau nampak saya menyapu di tengah jalan mesti pesan supaya berhati-hati," kongsi wira tidak didendang itu yang telah berkhidmat selama 26 tahun.
Terdahulu, Nor Pisah antara 10 penerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan Datuk Hasnul Hamidi Harun yang mewakili Datuk Bandar dan disaksikan Timbalan Pengurus Besar Operasi Alam Flora Sdn Bhd Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim.
Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang Sharudin Hamid berkata pihaknya bersama syarikat konsesi Alam Flora mengambil inisiatif menghargai pekerja pembersihan berkenaan atas pengorbanan mereka.
Beliau berkata pekerjaan pembersihan ialah perkhidmatan penting untuk negara yang terdiri pekerja memungut sampah, mencuci longkang, menyapu jalan dan memotong rumput.
"Mereka bekerja tanpa mengenal erti penat lelah demi menjalankan amanah untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih dan sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Pekerja pembersihan Alam Flora Sdn Bhd, Nor Pisah Abdul Rahman (tiga dari kanan) bersama rakan-rakan yang menerima Anugerah Pekerja Dedikasi 2024 hari ini. - Foto Bernama
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
India berminat ikuti latihan dan kursus antarabangsa SPRM
Minat itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Duta India Ke Malaysia, B.N. Reddy ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Derita rakyat Palestin hanya terbalas selepas Netanyahu ditangkap - IKRAM
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
AWANI 7:45 [22/1/2025] – Malaysia Sedia Segenap Aspek | Zon Waktu GMT+8 | Polarisasi Jantina Tidak Seimbang | Kena Ada Kebenaran
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia langkah ke depan, bersedia ke dunia AI.
- Seragamkan waktu semua negara ASEAN, kukuhkan ekonomi bersama.
- Ketidakseimbangan gender, cetus ketegangan masyarakat dunia.
- Jangan jadi guru tuisyen, tapi murid di sekolah terabai.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia langkah ke depan, bersedia ke dunia AI.
- Seragamkan waktu semua negara ASEAN, kukuhkan ekonomi bersama.
- Ketidakseimbangan gender, cetus ketegangan masyarakat dunia.
- Jangan jadi guru tuisyen, tapi murid di sekolah terabai.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai
14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.
Nenek tujuh cucu terima pengiktirafan sempena Hari Pekerja Pembersihan
Bekerja di bawah panas dan hujan sama sekali tidak mematahkan semangat buat Nor Pisah Abdul Rahman untuk mencari rezeki sebagai tukang sapu.