PUTRAJAYA: Seorang nelayan mungkin didakwa semula atas kesalahan memiliki pistol dan cubaan membunuh selepas Mahkamah Rayuan semalam mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya daripada pertuduhan itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam melepas dan membebaskan Goh Hwa Kiang, 41.
Hanipah yang bersidang bersama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Nordin Hassan membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Goh daripada pertuduhan tersebut.
Hanipah berkata dalam satu keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini menyatakan bahawa, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan seseorang tertuduh tanpa mendengar kesemua keterangan daripada pihak pendakwaan.
Berikutan keputusan itu, Goh kini boleh didakwa semula atas kesalahan tersebut.
Goh, didakwa pada 29 Sept 2018 kerana memiliki pistol Smith and Wesson di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan juga atas cubaan membunuh K. Kalidass.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di hadapan sebuah rumah di Batu 3/4 , Jalan Pantai Tanjung, Piandang, Daerah Kerian, Perak pada 2.15 pagi 19 Julai 2018.
Pada 13 Julai 2020, Mahkamah Sesyen menjatuhkan DNAA kepada Goh selepas pendakwaan mengemukakan empat saksi termasuk pegawai penyiasat.
Goh kemudiannya memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi, di mana pada 24 Feb 2021, dia diberikan perintah dilepas dan dibebaskan, yang bermakna dia tidak lagi boleh didakwa atas kesalahan yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraaf Zubir berhujah bahawa pendakwaan tidak memohon DNAA terhadap Goh di Mahkamah Sesyen.
Malah beliau berkata pendakwaan hanya memohon pengangguhan perbicaraan kerana saksi tidak boleh disepina berikutan perubahan pegawai penyiasat, dan menambah bahawa pegawai yang mengambil alih kes itu terlepas pandang perkara itu.
Zaki Asyraf berkata itulah pertama kali saksi pendakwaan tidak hadir di mahkamah.
Peguam Goh Datuk Naran Singh berhujah bahawa Mahkamah Tinggi telah melepas dan membebas Goh daripada tuduhan itu kerana saksi pendakwaan utama telah memberikan keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022

Goh didakwa pada 29 Sept 2018 kerana memiliki pistol Smith and Wesson di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan juga atas cubaan membunuh K. Kalidass. - Gambar hiasan

Parlimen Serbia sahkan peletakan jawatan PM Vucevic
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning
DAP akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Pentagon akan kurangkan hingga 60,000 kakitangan awam
Tiga cara akan dilaksana Pentagon iaitu letak jawatan secara sukarela, pecat pekerja dalam tempoh percubaan dan hapuskan jawatan dengan tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara rutin.

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna.

Pasaran sewa naik 3.9 peratus, tertinggi dalam lima tahun kepada purata RM2,052 - IQI
Kadar sewa nasional berkembang 2.8 peratus pada suku keempat 2024 berbanding suku ketiga 2024, menunjukkan sewa kembali ke paras pra COVID-19.

RM22 juta peruntukan untuk nelayan Sabah tahun ini - LKIM
Beliau berkata peruntukan RM22 juta itu melibatkan elaun sara hidup nelayan.

MITI sokong pelaburan teknologi untuk tingkat kemahiran tempatan - Tengku Zafrul
Bagi membangunkan bakat tempatan, Tengku Zafrul berkata, Dyson Malaysia turut bekerjasama dengan CREST, sebuah agensi di bawah MITI.
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu ditahan
Pihak berkuasa Turkiye pada Rabu menahan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, hanya beberapa hari sebelum beliau dicalonkan sebagai calon presiden.
Rakyat Israel berarak di luar parlimen kecam Netanyahu
Berang dengan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memimpin negara, ribuan rakyat mereka tampil protes di jalanan dengan melaungkan 'Netanyahu diktator'.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Malah, mereka turut mengharapkan pentadbiran pimpinan Netanyahu tumbang kerana gagal melindungi rakyat, sehingga membiarkan nasib tebusan tanpa hala tuju.
Penduduk Gaza terpaksa pindah selepas diusir oleh Israel
Rata-rata penduduk buntu apabila menerima arahan yang memaksa mereka meninggalkan tempat perlindungan mereka.

Anwar harap kementerian, agensi bertindak segera pastikan kelancaran projek di Pulau Pinang
Anwar menzahirkan harapan agar setiap kementerian dan agensi memberi perhatian khusus dan bertindak segera dalam memastikan pelaksanaan projek-projek di Pulau Pinang secara berkesan.

Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

PM Anwar beri sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru
Sumbangan termasuk wang tunai dan kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa yang uzur akan segera dilaksanakan.

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

'Suspek memang dikenali bermasalah, kalau tahu saya halang dia berjumpa'
Nelayan yang mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, sekiranya mengetahui pelanggan tersebut adalah suspek, dia pasti akan berusaha menghalang pertemuan itu.

Nelayan jatuh bot ditemukan lemas di Kuala Sangga
JBPM Perak terima laporan kehilangan Aziz Bakar kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan pagi ini.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.