SEMPORNA: Seorang nelayan ditemui maut selepas bot pam yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Labuan Haji Semporna, pada malam Ahad.
Mayat Nurman Nur, 35, ditemukan pada jam 8 pagi Isnin kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 malam.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada pagi Isnin dan seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian.
"Ketika kejadian, bot pelancong tidak membawa penumpang dan terlanggar bot nelayan menyebabkan mangsa hilang di laut.
"Operasi pencarian dilakukan bersama agensi lain bermula jam 7.30 pagi tadi di perairan tersebut sebelum mayat mangsa ditemukan oleh orang awam.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kemungkinan terkena kipas enjin bot tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya lagi, operasi ditamatkan selepas mayat diserahkan kepada pihak Pasukan Polis Marin (PPM) untuk tindakan selanjutnya.
"Mayat dibawa ke darat untuk diserahkan Operasi ditamatkan pada jam 8.19 pagi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 30 2023

Mayat Nurman Nur, 35, ditemukan pada jam 8 pagi Isnin kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian. - Gambar/ Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.

Nelayan maut terkena renjatan elektrik
Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Nelayan maut berlanggar bot pelancong
Seorang nelayan ditemui maut selepas bot pam yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Labuan Haji Semporna, pada malam Ahad.

Bot terbalik, nelayan dipercayai dibaham buaya
Sekurang-kurangnya seorang nelayan dikhuatiri dibaham buaya selepas bot dinaiki terbalik di pantai Kampung Makuau, Tungku, di sini, Jumaat malam.