PUTRAJAYA:Negeri Sembilan menjadi negeri mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu sebanyak 541 kes.

Berikut merupakan tumpuan pada kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

1. 1,600 kes baharu COVID-19, jumlah keseluruhan kes kini 74,295 kes.

2. Dua kes kematian baharu, jumlah kes kematian kini 384 kes.

3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 11,604 kes.

4. 129 kes sedang dirawat di ICU, 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. Dua kluster baharu dikesan, Kluster Malawati dan Kluster Tapak Bina Awan Lembah.