KUALA LUMPUR: Negara dan rakyat amat terhutang budi kepada pahlawan negara kerana apa yang dinikmati oleh negara hari ini tidak dapat dicapai tanpa pengorbanan mereka sejak sebelum merdeka sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapan sempena Hari Pahlawan 2021 hari ini berkata jasa dan pengorbanan pahlawan negara akan terpahat dalam sejarah yang abadi.

"Alhamdulillah hari ini tanggal 31 Julai 2021, merupakan Hari Pahlawan yang disambut setiap tahun bagi mengenang jasa pahlawan negara yang tiada titik noktahnya.

"Tidak kira di darat, laut mahupun di awan biru, pahlawan kita terus bersiap siaga mempertahankan ibu pertiwi dan sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara serta rakyat tercinta," katanya dalam ucapan yang dimuat naik di laman Facebooknya.


AWANI Pagi: Mengenang jasa Pahlawan Negara