Negara memerlukan sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja mahir daripada pelbagai bidang dalam kalangan warga kerja tempatan, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bagi mencapai sasaran itu, kerajaan kini giat mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Pelbagai inisiatif juga telah diambil termasuk meluaskan akses kepada latihan TVET termasuk berkolaborasi bersama pihak industri bagi meningkatkan keberkesanan strategi kerajaan ini.
"Selain itu, kerajaan juga giat mempromosikan TVET sebagai laluan utama dalam aliran perdana di pusat-pusat latihan kerajaan dan swasta yang menawarkan program berteraskan TVET," katanya ketika berucap di majlis penyampaian hadiah National Robot Challenge dan pertandingan akhir Teknologi Automobil Proton sempena Karnival Skills Malaysia peringkat Zon Tengah di sini, hari ini.
Ucapan Ismail dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia Amir Omar.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Nidzam Kamarulzaman.
Tambah Ismail, langkah kerajaan dalam menjenamakan latihan kemahiran menerusi jenama Skills Malaysia juga dilihat sebagai pendekatan terbaik dalam menghapuskan stigma masyarakat yang memandang TVET sebagai pilihan kedua.
"Kita perlu sedar dalam konteks dunia hari ini kerap menyaksikan bagaimana kecemerlangan akademik sudah tidak lagi menjadi faktor mutlak kepada kejayaan masa hadapan.
"Kita berharap dengan adanya pertandingan yang diadakan seperti hari ini, akan membuka minda masyarakat dan menarik minat lebih ramai para belia untuk menceburi latihan dalam bidang kemahiran," katanya.
National Robot Challenge dan pertandingan Teknologi Automobil Proton itu merupakan manifestasi kerajaan dalam menterjemah dan membudayakan pembangunan tenaga mahir berkemahiran kepada semua lapisan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017
![Negara perlu 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020 - Ismail Negara perlu 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020 - Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484894691_Pelajarteknikal.jpg)
Pelbagai inisiatif juga telah diambil termasuk meluaskan akses kepada latihan TVET termasuk berkolaborasi bersama pihak industri. - Gambar hiasan
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701154294_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
![Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020 Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635959822_TBxproton.jpg)
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
![Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628154687_AzizulhasniAwangP.jpg)
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
![Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan' Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623422879_AmirHamzahAsyraf.jpg)
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
![Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020 Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622462933_SMEBank.jpg)
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
![TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615112322_DatukSeriMahdzirK.jpg)
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
![Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602684017_AzharAzizanHarun.jpg)
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
![Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/41547203217_Peperiksaan.jpg)
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
![Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612700881_DRADHAMBABA.jpg)
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
![2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA 2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/71458631321_MAS.jpg)
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.