Usaha perlu ditingkatkan untuk melahirkan lebih banyak pakar anesthesiologi atau pakar bius bagi mengatasi kekurangan mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata Malaysia menghadapi kekurangan pakar bius apabila ketika ini, seorang pakar anesthesiologi perlu berkhidmat kepada 40,000 orang dan nisbah ini tidak menepati standard dunia.
Menurut Dr Hilmi, kini hanya terdapat 470 pakar anesthesiologi di negara ini, dengan 350 daripada mereka berkhidmat di hospital kerajaan dan 120 di hospital swasta.
"Sasaran kami ialah seorang pakar anesthesiologi berkhidmat untuk 30,000 orang dalam masa 10 tahun lagi, daripada nisbah sekarang 1:40,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Persatuan Pakar Anaesthesiologi dan Kolej Pakar Anaesthesiologi Malaysia di sini pada Jumaat.
Dr Hilmi berkata menurut standard dunia, seorang pakar anesthesiologi berkhidmat untuk 10,000 orang dan ini menunjukkan Malaysia masih ketinggalan apabila mencatat nisbah 1:40,000.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan terus bekerjasama dengan Kolej Pakar Anaesthesiologi bagi melatih dan melahirkan lebih banyak pakar dalam bidang itu untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.
Katanya, kolej itu menjalin kerjasama dengan kolej pakar bius Ireland dan Australia untuk mencari laluan bagi pendidikan peringkat pascaijazah dalam bidang bius.
Beliau berkata 10 hingga 15 calon dihantar setiap tahun ke Ireland dan Australia bagi membolehkan Malaysia melahirkan lebih banyak pakar anesthesiologi.
Kementerian Kesihatan amat menghargai peranan penting dan sumbangan besar pakar anaesthesiologi paediatrik dan akan terus memberi sokongan kepada mereka melalui penyediaan rangka kerja, peralatan, ubat-ubatan serta logistik yang diperlukan dalam melaksanakan tugas mereka.
Bernama
Fri Jun 12 2015
DR HILMI: Negara masih kekurangan pakar anesthesiologi - Gambar fail
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
Negara masih kekurangan pakar bius - Dr Hilmi
Usaha perlu ditingkatkan untuk melahirkan lebih banyak pakar anesthesiologi bagi mengatasi kekurangan mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.