PUTRAJAYA: Malaysia bakal kehilangan spesies Harimau Malaya di habitat semula jadi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sekiranya tindakan luar biasa tidak dilakukan sekarang, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata populasi Harimau Malaya berada pada tahap membimbangkan dengan dianggarkan populasi haiwan itu di dalam hutan hujan tropika Semenanjung Malaysia adalah antara 250 dan 340 ekor sahaja pada 2014 berbanding kira-kira 3,000 ekor pada sekitar tahun 1950-an.
Berucap merasmikan webinar sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia 2021 yang bertemakan 'Harimau Malaya: Kelangsungan Hidup Mereka, Tanggungjawab Kita Bersama' hari ini, Shamsul Anuar berkata pengurangan populasi Harimau Malaya disebabkan beberapa faktor antaranya kehilangan habitat dan sumber makanan akibat aktiviti pembukaan hutan serta perubahan guna tanah yang tidak seimbang.
Menurutnya Harimau Malaya juga menjadi sasaran utama aktiviti pemburuan dan perdagangan haram disebabkan permintaannya yang tinggi di pasaran gelap.
"Marilah kita bersama-sama memastikan Harimau Malaya tidak pupus dan simbolnya kepada Jata Negara dapat terus dikekalkan. Kita tidak mahu satu hari nanti, Harimau Malaya hanya tinggal nama dan gambarnya sahaja," katanya.
Shamsul Anuar sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan mengenal pasti tindakan strategik untuk mengukuhkan inisiatif dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan habitat Harimau Malaya yang merupakan spesies ikonik Malaysia dan menjadi simbol Jata Negara.
Inisiatif berimpak tinggi akan dilaksanakan termasuk rondaan penguatkuasaan dan pengawalan dalam kawasan habitat itu bagi membanteras penceroboh dan pemburu haram, dan kementeriannya juga sedang melaksanakan proses pindaan ke atas Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 supaya hukuman dan penalti lebih berat dikenakan bagi kesalahan memburu spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.
Sambutan Hari Harimau Sedunia merupakan acara tahunan sejak 2010 selepas dipersetujui oleh 13 Ketua-Ketua Negara Tiger Range Countries yang menghadiri Global Tiger Summit di St Petersburg, Rusia pada Oktober 2010.
Negara tersebut ialah Malaysia, India, Bangladesh, Bhutan, Kemboja, China, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Rusia, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Harimau Malaya menjadi sasaran utama aktiviti pemburuan dan perdagangan haram disebabkan permintaannya yang tinggi di pasaran gelap. - Bernama
Dua pembantu rapat Imran Khan ditahan
Pihak Polis Pakistan menahan dua pembantu rapat bekas perdana menteri Imran Khan dalam sebuah serbuan ke atas sekretariat parti, Pakistan Tehreek-E-Insaaf (P-T-I) pada Isnin,
Ancaman baharu kepada wanita hamil, bayi baru lahir
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kesan malnutrisi terhadap wanita hamil dan bayi baharu lahir di Gaza yang diserang Israel
Isu penempatan Israel: Singapura kaji pendapat nasihat ICJ
Jelas beliau, pihaknya melihat penempatan israel di tebing barat sebagai tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa dan ia menjadikan lebih sukar untuk mencapai penyelesaian dua negara melalui rundingan.
6 maut ditembak di pusat jagaan orang tua di Croatia
Laporan media turut menambah, salah seorang mangsa yang terkoban merupakan ibu suspek yang berada di pusat jagaan orang tua itu sejak 10 tahun lalu.
Tentera berkawal di Dhaka, perintah berkurung dilonggarkan
Tiada protes dilaporkan berlaku pada Isnin dan perintah berkurung dilanjutkan selama dua jam berbanding hari sebelumnya bagi membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan.
UAE jatuhkan hukuman kepada 57 warga Bangladesh
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjatuhkan hukuman penjara kepada 57 warga Bangladesh kerana menghasut rusuhan dan menyertai protes di ibu kota negara itu termasuk hukuman penjara seumur hidup.
Tumpuan Isnin – 23 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (22 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Saya hubungi kedutaan minta tolong' - Pelajar Malaysia
Nur Syaqila berkata ketika rusuhan tercetus, dia telah menghubungi pihak kedutaan bagi membolehkan dia dan rakan-rakannya bergerak ke bangunan kedutaan seawal jam 4 pagi pada 19 Julai lalu.
Pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti
Sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.
Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan
Perhilitan Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran seekor lagi harimau belang di sekitar Kampung Ulu Kuang, Chemor.
Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau
Perhilitan Perak mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar.
Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.
Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk
Mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.
Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.
Orang Asli Pos Bihai dakwa harimau berkeliaran berhampiran rumah
Penduduk Kampung Tendrik Apek Asud, 39, berkata terbaharu beberapa tapak harimau ditemukan berhampiran rumah penduduk kampung itu, semalam.
Orang Asli nampak harimau berkeliaran berhampiran kampung di Gua Musang
Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua
Kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, APM serta Perhilitan terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi.
Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di Bukit Berekeh, Sungai Siput, ketika ini.
Menggigil nampak 'pak belang' lintas jalan di Rembau
Seorang pekerja buruh binaan mendakwa ternampak harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Putih berhampiran Sekolah Kebangsaan Chengkau di Rembau pada Isnin.