Kedudukan ekonomi negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disifatkan berada di landasan yang betul, kata Pengerusi Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI), Tan Sri Dr Munir Majid, pada Jumaat.
Katanya hal ini dinilai berdasarkan statistik fiskal yang dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Kementerian Kewangan yang dilihatnya lebih telus dan tepat setelah sembilan bulan memegang tampuk pemerintahan negara.
"Kerajaan hari ini telah memberi harapan besar bahawa negara kini tidak lagi akan terlibat dalam salah laku membabitkan rasuah, keruntuhan institusi-institusi perundangan dan juga parlimen," katanya selepas melancarkan buku 'Views From Pulau Pinang: Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives' di sini.
Beliau berkata rakyat seharusnya memberi peluang kepada kerajaan yang kini giat berusaha untuk membangunkan negara dari segi penstrukturan semula pentadbiran secara berperingkat-peringkat.
"Kerajaan dilihat telah mengambil pendekatan kesederhanaan untuk membangkitkan Malaysia pada landasan yang betul... beri mereka masa... tapi tidak terlalu lama... kerana di dunia (negara-negara lain) sekarang sedang berlumba-lumba untuk meningkatkan ekonomi masing-masing," katanya.
Sementara itu, pengarang buku 'Views From Pulau Pinang: Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives' Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata buku tersebut menekankan peranan ahli akademik dalam mengkaji isu sosial dari pelbagai perspektif.
"Kajian ini merangkumi perdebatan konsep dan teori sosial dan politik serta bagaimana ahli akademik itu sendiri menilai norma dan budaya masyarakat," katanya yang juga pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar Kajian Antarabangsa (CENPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM).
Dua orang lagi penulis bersama buku tersebut, Pengarah CENPRIS, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk dan pensyarah Pusat Pengajian Seni USM, Datuk Dr Mohamed Ghouse Nasaruddin turut hadir pada majlis pelancaran buku setebal 103 muka surat itu yang sudah berada di pasaran dengan harga RM25 senaskah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 25 2019

Munir berkata rakyat seharusnya memberi peluang kepada kerajaan yang kini giat berusaha untuk membangunkan negara dari segi penstrukturan semula pentadbiran secara berperingkat-peringkat. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Wartawan perlu bersifat intelektual, bukan sebagai pelapor semata-mata
Profesion kewartawanan perlu bersifat intelektual dan bukan hanya sebagai pelapor semata-mata, agar tidak dilihat dangkal dan dipandang rendah oleh masyarakat umum.

Isu gabungan FKPM: 'Tiada perubahan silibus ibarat tukar nama sahaja'
Tindakan penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) perlu melibatkan penstrukturan kurikulum.

Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia: Titik rujukan kewartawanan di rantau ini
Penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia penting kerana ia berupaya menjadi titik rujukan mengenai kewartawanan di negara dan rantau ini selain melatih golongan wartawan.

Perundangan, ideologi faktor kebebasan suara tidak diamal sebaik mungkin
Aspek perundangan dan peraturan-peraturan idea disifatkan sebagai faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia termasuk pengamal media.

Negara di landasan betul untuk bangkit - Munir Majid
Kedudukan ekonomi negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) disifatkan berada di landasan yang betul, kata Pengerusi Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI), Tan Sri Dr Munir Majid.

Perlu ada mekanisma kawal laporan media
Apa yang perlu dilakukan kini adalah mewujudkan satu mekanisme untuk mengawal selia segala maklumat yang dikeluarkan oleh media terbabit.

Akademik, jangan takut untuk kongsi pendapat anda!
Ahmad Murad, pakar dalam teori sosial masyarakat yang melibatkan kaum, percaya bahawa kekaburan dalam kalangan akademik penting untuk mengembangkan kecerdasan mahasiswa.