KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia penting kerana ia berupaya menjadi titik rujukan mengenai kewartawanan di negara dan rantau ini selain melatih golongan wartawan, kata Presiden Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia (MJTS) Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican.
Beliau menyifatkan penubuhan pusat itu sebagai usaha menentukan latihan dan penyelidikan berbentuk wacana mengenai kewartawanan bagi memantapkan lagi profesion berkenaan termasuk mendedahkan dengan sejarah serta asal usulnya.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga mencadangkan agar pusat kajian tersebut bukan hanya menumpu kepada kewartawanan di Malaysia khususnya kewartawanan Melayu, bahkan kewartawanan di pulau-pulau Melayu seperti Indonesia, Brunei dan Filipina kerana ia saling berkait.
"Pusat itu amat penting untuk kita melihat semula dan menjadi pusat kajian yang cemerlang mengenai kewartawanan, sekali gus melatih serta mendidik wartawan dan bakal wartawan," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV pada Isnin.
BACA: HAWANA 2022: PM saran inisiatif penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia
Ditanya mengenai individu yang akan menerajui pusat itu, Ahmad Murad berpandangan seseorang yang mengkaji sejarah dan etika kewartawanan di Malaysia khususnya kewartawanan Melayu perlu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan sambutan kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan di negara ini.
Ismail Sabri berkata pusat kajian itu boleh mengumpul data rujukan melibatkan semua bentuk kajian yang dilakukan ke arah memantapkan disiplin kewartawanan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

AHMAD MURAD: Pusat itu amat penting untuk kita melihat semula dan menjadi pusat kajian yang cemerlang mengenai kewartawanan, sekali gus melatih serta mendidik wartawan dan bakal wartawan. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia: Titik rujukan kewartawanan di rantau ini
Penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia penting kerana ia berupaya menjadi titik rujukan mengenai kewartawanan di negara dan rantau ini selain melatih golongan wartawan.