KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik untuk pengguna voltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV) baru-baru ini.
Dalam kenyataan, Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata kerajaan boleh melaksanakan kenaikan secara berperingkat untuk surcaj tarif elektrik sebagai dasar alternatif untuk membolehkan industri dan perniagaan menyesuaikan dan merancang operasi dan pelaburan mereka.
Selain itu, katanya kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memberikan pengecualian atau subsidi untuk industri dan perniagaan yang penting kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial negara seperti yang mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi atau menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata kenaikan surcaj tarif elektrik kepada 20 sen/kilowatt-jam (kWh) daripada 3.7 sen/kWh untuk pengguna MV dan HV dalam kalangan peserta industri, termasuk syarikat multinasional memberi impak yang ketara kepada kos operasi dan daya saing industri ini, yang merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan pekerjaan dan daya saing global.
"Menggalakkan kecekapan dan inovasi tenaga dengan memberikan insentif dan sokongan kepada industri dan perniagaan yang melaksanakan amalan terbaik dalam pengurusan tenaga, teknologi serta penyelidikan dan pembangunan (juga boleh dipertimbangkan)," katanya semalam.
Beliau berkata langkah lain termasuklah membangunkan sumber dan penyelesaian tenaga alternatif, seperti tenaga boleh baharu dan storan tenaga, untuk mengurangkan kos tenaga secara keseluruhan untuk industri dan perniagaan.
Soh berkata lebih banyak rundingan dan dialog pihak berkepentingan perlu diadakan untuk mendengar kebimbangan dan aspirasi industri dan perniagaan yang terjejas serta mencari penyelesaian jangka panjang dan manfaat bersama untuk sektor tenaga dan ekonomi secara keseluruhannya.
"NCCIM dan pihak berkepentingan komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan pengawal selia untuk mencari penyelesaian yang memastikan kestabilan dan kemampuan bekalan elektrik selain menggalakkan kecekapan tenaga, inovasi dan kemampanan," katanya.
Pada 16 Dis 2022, kerajaan mengumumkan pengguna MV dan HV dalam kalangan peserta industri termasuk syarikat multinasional akan dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kilowatt-jam (kWh) untuk tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Pada 16 Dis 2022, kerajaan mengumumkan pengguna MV dan HV dalam kalangan peserta industri termasuk syarikat multinasional akan dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kilowatt-jam (kWh) untuk tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023. - Gambar hiasan
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Kerajaan digesa pastikan pelaksanaan inisiatif diumum dalam Belanjawan 2025 cekap, telus
Kerajaan digesa untuk memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah Belanjawan 2025 adalah cekap dan telus, memandangkan ia memerlukan usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta.

Penyertaan dalam BRICS pelbagaikan diplomasi ekonomi Malaysia - NCCIM
Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membolehkan negara mempelbagaikan diplomasi ekonominya dan mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama.

Malaysia berpotensi jadi hab perniagaan untuk Global South - Liew
Malaysia, terutamanya Greater Kuala Lumpur, berpotensi menjadi hab perniagaan atau ibu pejabat serantau untuk Global South, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

PM Anwar umum sumbangan RM 1 juta kepada NCCIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada NCCIM atas sokongan kepada usaha kerajaan menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa.

Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.

NCCIM anjur Forum Ekonomi Kebangsaan 2024 pada 9 Mei depan
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) akan menganjurkan Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 pada 9 Mei depan di Hotel One World di Petaling Jaya, Selangor.

NCCIM cadang penubuhan zon pelaburan industri pertumbuhan tinggi, teknologi tinggi Kemboja-Malaysia
Penubuhan zon pelaburan khas Kemboja-Malaysia boleh memberi peluang untuk Malaysia meningkatkan pelaburan di Kemboja.

E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM
E-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.

Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
Gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.