Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia ke Timur Tengah untuk mempromosikan program Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.
Destinasi pertama beliau ialah Arabian Travel Market (ATM), pameran pelancongan dan perjalanan terbesar Timur Tengah selama empat hari di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata kenyataan Tourism Malaysia yang dikeluarkan di sini hari ini.
Pada Isnin, Mohamad Nazri merasmikan Malaysia Pavilion dan dijadual mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Pelancongan Abu Dhabi, pengerusi Sharjah Commerce dan Jabatan Pelancongan serta para pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan terkemuka di Timur Tengah.
Pameran yang berakhir pada Khamis itu menawarkan kepada Malaysia platform yang amat berkesan untuk memasarkan dan meningkatkan kesedaran tentang TMM 2014 dalam kalangan penggiat industri pelancongan di Timur Tengah.
"Sebanyak 150 penjual daripada 84 organisasi di Malaysia, terdiri daripada hotel dan resort, ejen perjalanan, pemilik produk pelancongan dan wakil kerajaan negeri, menyertai ATM tahun ini," kata kenyataan itu.
Menurutnya, pada pameran tersebut, kerajaan pulau Pinang melancarkan buku panduan untuk pelancongan beragama Islam bertajuk "Experience Penang - A Muslim Travel Guide 2014", yang mengandungi panduan lengkap tentang tempat tarikan pelancong, restoran yang menghidangkan makanan halal dan tempat penginapan yang mempunyai kemudahan dapur yang disahkan halal di negeri itu.
Selepas ATM, Tourism Malaysia akan meneruskan usaha promosinya dengan mengadakan misi jualan di Qatar (10-12 Mei) dan Jordan (12-15 Mei).
Programnya di dua destinasi itu termasuk melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Pelancongan Qatar dan Menteri Pelancongan dan Warisan Purba Jordan.
Pada 2013, 324,437 pelancong Timur Tengah melawat Malaysia, 19,830 daripada mereka dari UAE, 7,264 dari Qatar dan 6,278 dari Jordan.
Jumlah itu menunjukkan penurunan daripada 370,535 pada 2012 dan 358,994 pada 2011.
Bernama
Thu May 08 2014
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nazri 'jual' nama Malaysia di Timur Tengah
Promosi di Timur Tengah dibuat kerana potensi menarik pelancong dari negara-negara tersebut untuk ke Malaysia.