Nasib pekerja Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bergantung kepada syarikat pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (Mydin).
Itu tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang berkata kerajaan sebelum ini hanya menyalurkan beberapa insentif kepada Mydin supaya idea KR1M dapat dilaksanakan.
"Namun, masyarakat silap sangka kerana mereka ingatkan kerajaan yang bayar gaji. Tak, Mydin yang bayar.
"Dulu, bila Mydin kemukakan cadangan (KR1M) kepada kerajaan, kita rasakan idea itu sesuatu yang baik, cadangan yang baik. Jadi, kita berilah sokongan dengan sedikit bantuan antaranya kuota permit import (AP) barang kepada Mydin ketika itu untuk buka KR1M di seluruh negara.
"Jadi, hari ini bila dia cakap tak boleh teruskan, maka itu keputusan Mydin. Kalau tutup, terpulang kepada Mydin nak ambik atau tidak (kakitangan). Bukan ada kena mengena dengan kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Youngpreneurs Go anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini, hari ini.
Hadir sama Pro Canselor merangkap Pengerusi UniKL, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UnikL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud.
Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas kerana didapati menjual produk pada harga jauh lebih tinggi berbanding pasaran.KR1M mula beroperasi pada 2011 bertujuan menjadi pilihan kepada rakyat berpendapatan rendah namun banyak aduan dilaporkan diterima berkaitan perasaan tidak puas hati berhubung harga dan barangan yang dijual.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Sep 30 2017
![Nasib pekerja KR1M terpulang kepada Mydin - Hamzah Nasib pekerja KR1M terpulang kepada Mydin - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81500979766_HamzahZainuddin.jpg)
HAMZAH: "Dulu, bila Mydin kemukakan cadangan (KR1M) kepada kerajaan, kita rasakan idea itu sesuatu yang baik, cadangan yang baik." - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000 Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716518161_SayedAmirMuzzakkir.jpg)
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
![Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653030803_TBHamzahZainuddin.jpg)
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
![Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710213893_MalaysiaCorruption.jpg)
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
![Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706932327_TBHamzahZainudin.jpg)
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
![Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698997328_Hamzah.jpg)
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
![PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693742290_TBHamzahZainudin.jpg)
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
![Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642653858_IskandarDzulkarnain.jpg)
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
![Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696821819_AnwarIbrahim.jpg)
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
!['Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah 'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693742290_TBHamzahZainudin.jpg)
'Sampai saja Pelangai, saya terus minta Panadol' - Hamzah
Katanya, pengalaman pertama kali jejak kaki di Pelangai dengan keadaan jalan yang pusing-pusing menyebabkannya berasa 'tidak tahan'.
![Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695098159_KSPRMKPMAnwar.jpg)
Pertumbuhan ekonomi: 'Tak apalah kalau dia nak menang...' - Anwar perbetul kenyataan Hamzah
Anwar berkata, kenyataan tersebut menunjukkan seolah-olah kedangkalan pengetahuas asas terhadap ekonomi