KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan mewakili lelaki Israel yang berdepan dua pertuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pistol, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa kes berkenaan mungkin dilakukan individu lain.
Semasa sebutan kes tersebut di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin, peguam, Navinjit Singh yang mewakili Avitan Shalom, 38, berkata, kemungkinan anak guamnya tidak melakukan kesalahan berkenaan kerana nama dalam kertas pertuduhan tertera nama berlainan.
Beliau berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
“Saya mohon nama terbabit dipinda kerana mengikut bidang kuasa di negara ini, nama kita ditulis dengan kaedah nama sendiri disebut dahulu sementara nama keluarga, diletakkan di belakang.
“Di Malaysia, tiada nama bapa diletakkan di hadapan, jadi Avitan Shalom yang tertera dalam pertuduhan itu, boleh jadi orang lain,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, pihak pendakwaan tidak berhasrat untuk meminda nama di kertas pertuduhan tersebut.
“Bagi saya, tiada isu yang perlu diketengahkan, kerana ia hanya membabitkan gaya penamaan dan diguna pakai di negara ini,” katanya.
Hakim kemudiannya mengambil maklum bantahan yang dibangkitkan pihak pembelaan dan mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan mengenai perkara itu, di akhir perbicaran kes kelak.
Pada 12 April lalu, Shalom didakwa di atas tuduhan memperdagangkan enam pistol jenis Glock 19 USA 9 x 19, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria, M&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, antara jam 6.46 petang, 26 Mac hingga 6 petang, 28 Mac lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm (8 peluru), dan tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 peluru) dan 42 peluru dalam tiga senjata berasingan.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Selain Mohamad Mustaffa, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim dan Fazeedah Faik manakala pembelaan turut dihadiri peguam, Jeffrey Ooi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 21 2024

Avitan Shalom dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.

Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Perbicaraan Avitan Shalom, 38, berjalan selama sembilan hari iaitu 30 September, 1 hingga 3, dan 7 hingga 11 Oktober.

Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.