KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ terkejut apabila nama beliau berada dalam Senarai Peringatan Pelabur di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Mahadi berkata, bagi mendapatkan penjelasan kepada tindakan tersebut, beliau telah menghadiri perjumpaan bersama suruhanjaya itu pada Selasa.
“Semasa mesyuarat itu, saya mengulangi komitmen saya yang tidak berbelah bahagi dalam mematuhi piawaian undang-undang dan etika yang ditetapkan merentas semua usaha perniagaan saya.
“Saya memiliki lesen sah di sisi undang-undang dan patuh syariah. Tambahan pula, syarikat yang saya wakili juga mematuhi undang-undang dan prinsip syariah.
“Bagaimanapun, pengerusi mesyuarat itu memaklumkan bahawa tiada maklumat tambahan yang tersedia selain daripada apa yang terdapat di laman web rasmi SC.
“Oleh itu, saya dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan bertulis secara rasmi untuk mendapatkan butiran atau penjelasan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
SC menerusi laman rasmi mengeluarkan kemaskini terbaru Senarai Peringatan Pelabur yang dikaitkan dengan aktiviti pelaburan secara tidak sah sama ada melalui entiti mahupun individu.
Senarai itu memaparkan nama Mahadi dan syarikat beserta nombor kad pengenalan dengan peringatan menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen berhubung pemasaran saham Syarikat Awam Tidak Tersenarai.
Justeru, Mahadi mengarahkan peguamnya untuk mengemukakan surat rasmi kepada SC bagi mendapatkan maklumat komprehensif dan penjelasan sebab nama beliau diletakkan dalam Senarai Peringatan Pelabur.
"Sementara menunggu penjelasan daripada SC, saya ingin menekankan bahawa saya secara konsisten mematuhi piawaian yang ditetapkan.
“Sebagai seseorang yang memiliki dan telah berjaya menyelesaikan Modul 6 dan 7 Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), saya sentiasa beroperasi dalam lingkungan undang-undang.
“Tambahan pula, saya telah dilantik sebagai ejen rasmi kepada entiti terlibat sebagaimana yang dibuktikan melalui surat pelantikan rasmi.
“Selain itu, semua syarikat yang diwakili saya termasuk penyerahan SC, surat dan pakar undang-undang serta syariah, mengesahkan pematuhan mereka terhadap prinsip syariah dan pematuhan undang-undang,” jelas beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 27 2024
Mahadi berkata, beliau telah menghadiri perjumpaan bersama suruhanjaya itu pada Selasa.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Nama dalam Senarai Peringatan Pelabur, Mahadi tunggu penjelasan SC
Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ terkejut apabila nama beliau berada dalam Senarai Peringatan Pelabur di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
SC keluarkan perintah henti dan hindar terhadap RimauSwap
SC akan turut mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat laman web RimauSwap.