Nama anak panda gergasi yang dilahirkan 18 Ogos lepas akan diumumkan pada satu majlis khas di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara pertengahan Mac ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sembilan nama telah disenarai pendek daripada 104 penyertaan pada saringan akhir oleh tiga juri profesional bahasa Mandarin.
Senarai sembilan nama itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seterusnya dikemukakan kepada kerajaan China untuk persetujuan dalam masa terdekat, katanya.
"Sekiranya kerajaan China mendapati kesemua nama itu sesuai dan mempunyai maksud baik berlandaskan sejarah negara China, barulah nama itu dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk memilih satu nama sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan hadiah tajaan bagi pertandingan menamakan anak panda gergasi di sini hari ini.
Panda betina, Liang-Liang, melahirkan anaknya pada 18 Ogos lepas, menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia, anak panda dilahirkan secara semula jadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan ia dipinjam dari China.
Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.
Menurut Wan Junaidi, sepanjang berlangsungnya pertandingan itu selama sebulan bermula 17 November lalu, pihaknya menerima 22,830 penyertaan dan kemudian disenarai pendek oleh juri-juri terdiri daripada pensyarah dan ketua pengarang akhbar Cina tempatan.
Terdahulu, Wan Junaidi menerima lima hadiah tajaan Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi iaitu sebuah kereta Perodua Myvi bagi tempat pertama dan dua buah motosikal jenis Demak Rino serta Demak DJ.
Pertandingan itu juga menawarkan hadiah sebuah televisyen plasma berukuran 42 inci dan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada pemenang-pemenang saguhati.
Kesemua hadiah pertandingan itu ditaja oleh Syarikat KS Holding Bhd, Demak Marketing Sdn Bhd dan Persatuan Zoologi Malaysia.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata berat anak panda betina berkenaan ketika ini adalah 12.5 kilogram.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Nama anak panda gergasi bakal diketahui Mac ini - Gambar fail
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang ialah betina
Bayi panda kini dalam keadaan sihat dan dijaga rapi oleh ibunya dengan bantuan pembantu di Zoo Negara
Orang ramai boleh mula lawat, namakan anak panda gergasi
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana berkata, anak panda gergasi itu mula dipamerkan selepas tiga bulan dikuarantin bersama ibunya, Liang Liang.