Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak menggunakan sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 untuk memberi penjelasan berhubung kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan meningkatnya harga bagi beberapa perkhidmatan.
Antara perkara yang disentuh oleh beliau dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu termasuklah mengenai tambang Express Rail Link Sdn. Bhd (ERL) yang baru-baru ini dinaikkan daripada RM35 ringgit kepada RM55.
Perdana Menteri berkata, beliau faham rakyat marah dengan kenaikan harga berkenaan, namun kerajaan tiada pilihan kerana jika kenaikan itu tidak diberikan, kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi serta secara berterusan.
Menurutnya, kerajaan kini menanggung kos pemberian pampasan yang setiap tahun tiada kenaikan tambang ERL. Jumlah pampasan yang dibayar setakat ini, kata beliau, berjumlah RM2.9 bilion.
Prihatin dengan keluhan rakyat yang terkesan dengan kenaikan tambang ERL itu serta beberapa perkhidmatan lain, termasuk komuter, Najib turut mengumumkan beberapa kadar diskaun.
“Antaranya, pelajar ada kad siswa diskaun 30 peratus, kakitangan awam dengan kad bulanan. Bagi komuter, pelajar (diberikan) diskaun 50-70 peratus termasuk untuk pelajar universiti,” ujar beliau.
Di samping itu, Najib turut mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasan bagi memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan.
“Periksa lagi. Tambah penguatkuasan di lapangan (supaya) harga turun. Jangan senang (sesuka) hati nak naikkan harga. Barang keperluan kena turun,” katanya.
Astro Awani
Sat Dec 12 2015
NAJIB: Kerajaan memahami kemarahan rakyat mengenai kenaikan tambang perkhidmatan pengangkutan.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus
Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama.
Tawar 50 peratus diskaun, JMKU Aidilfitri Sungai Buloh termurah di seluruh negara
Diskaun sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan dapur dan kelengkapan raya menjadi tarikan istimewa program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) sempena Aidilfitri.
Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.
MOT bincang untuk sediakan pakej khas penerbangan untuk pelajar
Setakat ini, hanya Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun 30% daripada harga tiket penerbangan, kepada pelajar yang berdaftar.
Kempen 1 Jari: Ini puluhan tawaran menarik buat pengundi!
Seronok nak mengundi kali ini. Banyak sungguh tawaran diskaun produk, makanan, minuman dan pelbagai lagi yang disediakan!
My50, MyWIRA selari agenda memartabatkan pengangkutan awam - Prasarana
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan inisiatif berkenaan adalah bukti kerajaan prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
KTMB perkenal pakej Keluarga Malaysia, diskaun 25 peratus
KTMB menyasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini dan sambutan Aidilfitri pada Mei.