KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata diskaun itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Dis 2022.
"Ini tanda keprihatinan kerajaan negeri membantu peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekali gus membolehkan lebih ramai anak Pahang berpeluang membuat pinjaman bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
"Langkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam yang terkesan dengan COVID-19 dan peningkatan kos sara hidup ketika ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata peminjam diharapkan akan memanfaatkan tawaran diskaun itu yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik dan bebas daripada bebanan hutang.
Untuk rekod, pada tahun 2021 Yayasan Pahang pernah menawarkan diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh itu, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.
Sejak penubuhannya dari tahun 1982 hingga kini, Yayasan Pahang telah membelanjakan RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan yang melibatkan 1.684 juta penerima di seluruh Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Wan Rosdy berkata peminjam diharapkan akan memanfaatkan tawaran diskaun itu yang dapat membantu mereka menjalani kehidupan lebih baik. - Gambar fail
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Tidak perlu tandatangan wakil rakyat dalam borang permohonan biasiswa pendidikan Pahang
Keperluan mendapatkan tandatangan wakil rakyat pada borang permohonan biasiswa dan pinjaman pendidikan kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang (YP) telah dimansuhkan bermula tahun ini.
Diskaun 40 peratus untuk bayaran balik pinjaman pendidikan Yayasan Pahang
Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40 peratus bayaran balik pinjaman pendidikan yayasan berkenaan kepada peminjam sempena ulang tahun ke-40 penubuhannya tahun ini.
Yayasan Pahang belanja RM1.34 bilion untuk pendidikan anak negeri - MB
Tahun lalu, sejumlah RM52 juta dibelanjakan bagi bantuan pendidikan untuk 61,721 pelajar.
Pengorbanan saya selama ini berbaloi - Ibu Muhammad Hamdi
Rozita yang bekerja sendiri berkata penat lelahnya selama ini yang menumpukan perhatian terhadap akademik anak sulungnya itu ternyata tidak sia-sia.
UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif COVID-19
Penutupan itu dibuat selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Taskforce COVID-19 Pahang yang diadakan pada Jumaat.
Segera daftar pusat tahfiz tidak berdaftar - Yang di-Pertuan Agong
Baginda bertitah pendaftaran itu kelak membolehkan kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menyalurkan bantuan yang sewajarnya demi kebajikan pelajar.
Kerajaan PH hanya tahu jual aset - Najib Razak
Beliau mengambil contoh penjualan kepentingan oleh Khazanah Nasional Berhad sebanyak 16 peratus dalam penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan IHH Healthcare Berhad.
MB Pahang berbasikal pulang ke rumah selepas hadir sidang Dewan
Basikal jenis Nordic Track bernilai RM1,600 itu merupakan pemberian Yayasan Pahang dan diserahkan kepadanya semasa persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, berhenti rehat pagi tadi.