KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun, Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan potongan harga hingga 85 peratus, yang akan berlangsung pada 15 Jun hingga 31 Julai ini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama sekali gus merancakkan sektor ekonomi negara yang melibatkan penginapan, gastronomi dan aktiviti pelancongan.
"Saya turut menyasarkan dengan program ini dapat menarik pelancong domestik dan antarabangsa seterusnya memberikan nilai tambahan apabila melancong ke Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Jualan Mega Malaysia 2024 di sini pada Jumaat.
Beliau berkata kempen itu juga mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak termasuk pengusaha pusat beli-belah, persatuan hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan para penggiat industri pelancongan tempatan.
"Kerjasama ini akan memastikan pelancong menikmati pengalaman berbelanja secara menyeluruh dan berharga ketika di Malaysia selaras dengan slogan kempen jualan nasional iaitu My Priceless Experience," katanya.
Menurut Khairul Firdaus, kempen yang kali terakhir dianjurkan pada 2019 dan juga Malaysia Super Sale dan Malaysia Year End Sale telah meraih jumlah perbelanjaan pelancong bernilai RM86.14 bilion.
"Mulai tahun hadapan, ketiga-tiga kempen ini akan digazetkan hingga 2026 sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia telah merekodkan kemasukan 7.5 juta pelancong pada suku pertama 2024.
Beliau berkata peningkatan pelancong itu hampir 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, selain beliau juga meletakkan keyakinan negara mampu untuk mencapai sasaran 27.3 juta pelancong pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama. - Gambar hiasan/Astro AWANI/Shahir Omar
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Jualan Mega Malaysia kini kembali dengan diskaun hingga 85 peratus
Inisiatif yang dilaksanakan menerusi Tourism Malaysia itu adalah bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama.