Sebanyak 99,046 peneroka Felda di seluruh negara menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif duit raya sebanyak RM500 seorang dengan jumlah keseluruhan RM49.52 juta.
Pada peringkat awalnya pemberian duit raya berkenaan hanya berjumlah RM300 seorang, namun Najib pada majlis berkenaan secara spontan bersetuju menambah RM200 lagi kepada jumlah itu selepas berbincang dengan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
"Teks ucapan saya hari ini yang telah disediakan sepatutnya umum duit raya sebanyak RM300 seorang, namun setelah saya berbincang dengan Isa, beliau berkata di Kuala Kangsar kita beri RM500 kepada Risda.
"Jadi Felda tidak boleh kalah, kira punya kira saya kata tak apalah, kita tambah lagi RM200, semoga sumbangan ini akan dapat membantu peneroka membuat persiapan hari raya dengan lebih gembira," katanya yang disambut dengan sorakan dan tepukan daripada hampir 4,000 hadirin.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhamad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Elwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun.
Dalam ucapannya Najib turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyifatkan pelbagai bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan selama ini untuk membantu rakyat seperti memberi dedak kepada haiwan.
"Kita tolong rakyat bina sekolah, bina rumah, bina jalan bukannya bagi makan dedak. Dedak itu makanan haiwan, kalau kita beri bantuan pun, itu bermakna kita prihatin dengan keperluan rakyat. Inilah kerajaan BN (Barisan Nasional)," katanya.
Perdana Menteri turut berkongsi kegembiraan dengan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak Sabtu lepas dan dalam masa yang sama turut mengingatkan wakil rakyat BN agar tidak terbuai-buai dengan kejayaan itu.
"Jangan riak dengan kemenangan ini. Mesti sentiasa rendah diri, jangan ego, jangan 'ekk' (sombong), jangan bawa angin sebab orang kampung meluat kalau terlalu ego.
"Biar rendah diri bersama rakyat, mesti tunjuk keinginan yang kuat untuk menolong dan membantu rakyat sepanjang masa, barulah rakyat akan tetap pilih BN sepanjang masa," katanya.
Najib berkata walaupun BN dan dirinya sendiri berhadapan dengan pelbagai tomahan dan serangan peribadi, namun parti itu tetap menjadi pilihan rakyat kerana mereka tahu menilai parti manakah yang dapat membela nasib mereka.
"Rakyat mahu sebuah parti yang mereka boleh yakini. Mereka tidak kisah tentang cerita dan isu nasional versi lain yang dibawa (oleh pembangkang) tentang 1MDB.
"Yang mereka hendak tahu ialah hari esok lebih baik daripada hari ini, dia nak tahu siapa boleh jamin masa depan. Tengok punya tengok, depan, belakang, mereka tengok puak yang datang, akhirnya lebih baiklah mereka pilih BN yang mereka kenal selama ini telah banyak membantu membawa mereka ke hadapan.
"Lebih baik mereka pilih orang yang mereka kenal ... yakin. Biar siapa pun yang datang termasuklah bekas perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed), namun tetap tak 'lut', malah di kawasan yang beliau turun di Kuala Kangsar, undi terhadap BN semakin bertambah," katanya.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut memberi jaminan kerajaan akan terus membela nasib peneroka Felda termasuk generasi kedua dengan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk rumah mampu milik dengan harga RM70,000 seunit bagi memastikan mereka hidup selesa.
Bernama
Wed Jun 22 2016
Penerima Malek Yaakub, 69, gembira ketika Najib Razak mengumumkan duit raya kepada peneroka Felda pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur Tiga. - Gambar Bernama
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.