Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut perayaan Onam kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

"Bersempena dengan perayaan menuai dan kesyukuran Onam tahun ini, saya ingin mengucapkan 'Onam Ashamsakal' kepada masyarakat Malayalee di Malaysia," katanya dalam akaun Twitter beliau.

Onam ialah perayaan menuai yang disambut oleh masyarakat Malayalee di seluruh dunia.

Onam jatuh pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai 'Chingam' (bersamaan Ogos-September), dan ia disambut bagi meraikan maharaja legenda yang dipercayai pulang dengan hasil menuai yang amat banyak.