Kementerian Pertahanan menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kononnya Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak tahu Boustead Holdings Berhad telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang.
Menurut Setiausaha Akhbar menteri berkenaan, Amin Shah Iskandar, bekas Perdana Menteri itu hanya meneliti tajuk pengumuman surat penerimaan dan langsung tidak membaca isi kandungannya sehingga gagal memahami sebab Pejabat Menteri Pertahanan memaklumkan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang masih belum dimuktamadkan.
"Pengumuman kepada Bursa Malaysia hanya mengatakan tentang Surat Tawaran dan Surat Penerimaan untuk hotel milik Boustead Holdings Berhad itu.
"Pengumuman kepada Bursa Malaysia itu turut jelas menyatakan Surat Tawaran tersebut tertakluk kepada beberapa syarat antaranya ialah pembeli diberikan Masa Eksklusif selama satu bulan bermula 19 Februari 2019 untuk melakukan penilaian atau aktiviti "due diligence" kepada hotel dan Boustead," kata Amin Shah dalam kenyataan media pada Jumaat.
Amin Shah berkata, Boustead juga tidak seharusnya memberi respons kepada sebarang siasatan, cadangan mahupun perbincangan serta mengadakan perjanjian atau persefahaman dengan pihak lain sepanjang tempoh Masa Eksklusif diberi.
Tambahan pula, katanya, dalam tempoh Masa Eksklusif itu, pelaksanaan perjanjian jual beli bagi kedua-dua pihak juga akan dilaksanakan.
"Syarat-syarat yang diperuntukkan bagi pelupusan cadangan akan termasuk, antara lain, kelulusan berkanun dan pengawalseliaan yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia dan Bursa Singapura," ujar beliau lagi.
Faris Danial Razi
Fri Mar 01 2019

Mohamad Sabu sangkal dakwaan Najib kononnya beliau tidak tahu Boustead Holdings Berhad telah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. - Gambar Astro AWANI

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

LTAT ambil alih pegangan saham Boustead Holdings Berhad
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pengambilalihan syarikat Boustead Holdings Berhad (BHB) dengan pegangan saham berjumlah kira-kira 97.63 peratus.

Tawaran pengambilalihan LTAT dalam BHB menjadi tidak bersyarat
LTAT berhasrat untuk mengumumkan bahawa tawaran pengambilalihan ke atas Boustead Holdings Berhad menjad tidak bersyarat selepas berjaya memenuhi syarat sebelum tarikh tutup pertama tawaran.

LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB
Lembaga Tabung Angkatan Tentera hari ini mengumumkan bahawa telah mengeluarkan Notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat (Tawaran) kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings.

Najib tidak faham isi kandungan pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia
Bekas Perdana Menteri dikatakan hanya meneliti tajuk pengumuman surat penerimaan dan langsung tidak membaca isi kandungannya.