Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, Sabtu (Ahad di Malaysia) bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Westchester County di sini, pada 7.30 malam (7.30 pagi Ahad di Malaysia).
Mereka disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Hussein Haniff.
Najib dijadual menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung bertempat di ibu pejabat PBB di sini, pada 26 Sept.
Beliau diundang oleh Akademi Sains New York sebagai seorang daripada penceramah utama pada majlis pelancaran antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance, di sini, pada 22 Sept.
Semasa majlis itu, Rosmah akan menerima Anugerah Hero STEM untuk menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Najib juga akan menyampaikan pernyataan untuk menggariskan usaha dan pandangan Malaysia dalam memerangi perubahan iklim global pada Persidangan Perubahan Iklim PBB, di ibu pejabat PBB, pada 23 Sept.
Pada hari sama (23 Sept), Perdana Menteri telah diundang untuk menyampaikan ucaptama di Georgetown University di Washington D.C.
Acara penting semasa lawatan kerja Perdana Menteri itu juga, ialah Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (Bio-IAP) di sini yang beliau dijangka menyampaikan ucapan pembukaan pada hari berikutnya.
Perdana Menteri kemudian dijadual mempengerusikan mesyuarat ke-4 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York, di sini.
Pada sebelah malam, Perdana Menteri akan menganjurkan majlis makan malam bersama warga Malaysia di sini.
Pada 25 Sept, Najib dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin perniagaan pada Sesi Meja Bulat Pelabur serta menganjurkan majlis makan tengah hari bagi eksekutif perniagaan kanan Amerika Syarikat (AS) di sini.
Kemudiannya, Najib akan menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-AS di sini, bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelaburan.
Perdana Menteri juga diundang menghadiri Mesyuarat Terbuka Ketua-ketua Kerajaan Komanwel mengenai Pembaharuan CHOGM, pada sebelah petang hari sama (25 Sept).
Pada hari berikutnya, Najib dan Rosmah juga akan menyertai dua acara iaitu aktiviti sukarela 1M4U di sini serta menghoskan majlis makan malam sempena majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Perdana.
Najib dan isteri dijadual berlepas pulang ke tanah air pada 28 Sept.
Bernama
Sun Sep 21 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersalaman dengan kakitangan dan rakyat Malaysia ketika tiba di hotel penginapan di New York, Sabtu. - Foto Bernama
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
JPJ buat pembetulan serta-merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan 'bukan warganegara Malaysia adalah t
KKR komited lengkapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo, kos RM13.989 bilion
Kementerian Kerja Raya komited untuk lengkapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) untuk meningkatkan jaringan infrastruktur jalan raya Persekutuan di Sabah.
Seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bahawa seorang anggota polis terlibat dalam kes tembak mati seorang anggota tentera di Song, Sarawak pada 23 September lepas.
AWANI Pagi: Pendaya upayaan pembangunan sosio ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Saifuddin Nasution dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengenai penglibatan anggota polis dalam insiden tersebut semasa lawatannya ke Sarawak.
AWANI Ringkas: Kerajan beri tumpuan tatakelola basmi kemiskinan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keputusan sama ada Najib perlu bela diri kes 1MDB 30 Okt ini
Keputusan sama ada Najib yang menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang dana 1MDB perlu membela diri atau tidak akan diputuskan 30 Okt ini.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Keyakinan Najib RM2 bilion adalah derma dari Arab Saudi munasabah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa keyakinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa RM2 bilion merupakan derma dari Arab Saudi adalah munasabah.
Rayuan Najib, anak tangguh prosiding bankrap didengar 6 Jan 2025
Rayuan Najib dan anak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka akan didengar pada 6 Jan tahun depan.
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
Najib: Tugas Lembaga Pengarah urus dana SRC
Najib berkata beliau mempercayai BOD untuk mengendalikan hal ehwal syarikat itu kerana ia terdiri daripada individu yang berkelayakan tinggi.
Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.