Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan segelintir pihak yang membangkitkan isu sensitif demi meraih keuntungan politik jangka pendek menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab itu adalah sikap yang tidak baik dan boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Saya lihat ada sikap degil, sikap yang tegar, sikap yang mahu meraih keuntungan politik jangka pendek dan membangkitkan isu-isu oleh beberapa orang politik semata-mata nak meraih keuntungan menjelang pilihan raya.
"Inilah sikap yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh mereka semata-mata nak memancing undi sahaja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Sementara itu, beliau meminta rakyat di negara ini sentiasa mengamalkan sikap saling hormat menghormati dan menjaga hati tanpa menyentuh sebarang sensisitiviti kaum.
"Dalam konsep hormat-menghormati ini juga kita mesti menjaga hati, menjaga sensitiviti antara satu sama lain supaya tidak menyakiti hati sesiapa di atas sebutan, perbuatan dan tindakan kita.
"Kalau kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain, maka saya percaya kita boleh hidup aman dan damai," katanya.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan dana tambahan RM5 juta kepada Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan untuk membolehkan usaha mengurangkan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Skim itu dilancarkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dengan dana permulaan RM2 juta melalui sumbangan sektor swasta dan diuruskan Yayasan Kesejahteraan Bandar.
"Inilah komitmen kita. Keselamatan adalah salah satu daripada isu kepada wargakota raya selain daripada inisiatif-inisiatif yang telah dibuat kerajaan," kata Najib.
Sementara itu, Najib menyambut baik usaha kementerian untuk membawa sambutan Hari Wilayah di kawasan parlimen secara bergilir-gilir dan berkata dengan cara ini, sambutan Hari Wilayah akan dibawa lebih dekat kepada warga wilayah persekutuan.
Bernama
Sat Feb 02 2013
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
RUU Antilompat Parti dapat kurangkan rasuah politik, kata Najib
RUU Antilompat Parti juga akan mengurangkan rasuah politik seperti tawaran jawatan atau wang ringgit.
Tajuddin dakwa Tok Mat belot untuk ganti Zahid
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan terdapat perjumpaan antara pemimpin parti itu untuk menjatuhkan Zahid Hamidi.
Anwar perjelas mengapa lambat ulas isu permohonan tanah RM100 juta oleh Najib
Kata Anwar sebelum itu perkara berkenaan belum disahkan kepada pihaknya, malah belum diketahui secara jelas dan ada yang mengatakan ianya hanya khabar angin.
Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR
Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.
Arul Kanda tegaskan versi bercanggah dalam laporan kewangan 1MDB dikeluarkan
Ali seterusnya berkata Arul Kanda membantah perkara yang diketengahkan dalam laporan audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Pinjaman AS$6 bilion dimohon menerusi 1MDB, Aabar Investments - Saksi
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa pinjaman berjumlah AS$6 bilion akan dimohon menerusi usaha sama 1MDB dan Aabar.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Najib, wawasan rakyat bukan bolot kekayaan untuk orang atasan - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tiada visi jelas.
Pengurusan kes Najib di Mahkamah KL
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 2:45 petang bagi bersidang untuk pengurusan kes bagi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.