Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini meraikan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching dalam satu jamuan malam rasmi di River Cruise Tasik di sini. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor.

Lee berada di sini untuk lawatan kerja dua hari mulai hari ini dan dijadual menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kelima di Kompleks Putra Perdana esok.

Menurut kenyataan Wisma Putra, pemukiman itu merupakan platform bagi pemimpin kedua-dua negara mengkaji kerjasama dua hala Malaysia dan Singapura.

Ia juga memberi peluang kepada pemimpin berkenaan untuk meneroka dan membincang inisiatif baharu selain kerjasama selanjutnya.