Bangga dan berpuas hati dengan perkembangan semasa projek Mass Rapid Transit (MRT), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin jajaran pertama projek itu dapat beroperasi menjelang akhir tahun depan seperti yang dijadualkan.
"Saya melihat apa yang kita rancangkan selama ini, hari ini telah menjadi kenyataan, maka sasaran kita supaya MRT Line pertama dapat beroperasi akhir tahun hadapan akan dapat dipenuhi," katanya kepada pemberita semasa melawat depot tren MRT di Sungai Buloh dekat sini, hari ini.
Menurutnya MRT kini memiliki 19 buah tren dan akan menerima 35 buah tren lagi menjelang pertengahan tahun depan.
Dalam pada itu, Najib berkata projek pembinaan MRT itu membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan disertai syarikat-syarikat tempatan, sekali gus menunjukkan adanya elemen pemindahan teknologi.
"Kita dapat lihat peluang pekerjaan untuk ramai anak Malaysia yang mempunyai kelulusan dan pengalaman, dengan mereka dilibatkan dalam pembangunan MRT merupakan pengalaman yang cukup berharga (buat mereka)," katanya.
Terdahulu, Najib tiba pada 5.25 petang untuk melawat depot MRT Sungai Buloh yang dibina oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sejak Julai 2011.
Ia merupakan lawatan pertamanya ke depot berkenaan dan lawatan keempat beliau ke projek MRT Lembah Klang (KVMRT). Sebelum ini, beliau pernah melawat Syaf Pelancaran Cochrane sebanyak dua kali dan Stesen MRT Tun Razak Exchange sekali.
Pada lawatan kali ini, perdana menteri dibawa ke Bengkel Penyelenggaraan Stok Keretapi untuk melihat tren MRT yang siap dipasang sepenuhnya dan diuji.
Sepanjang lawatan itu, Najib turut mendengar penerangan dan taklimat Pengarah Projek MRT Corp bagi laluan Sungai Buloh-Kajang, Marcus Karakashian.
Turut mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang juga pengerusi MRT Corp, pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar, pengurusan tertinggi MRT serta wakil-wakil pelaksana projek iaitu MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd, Siemens dan SMH Rail Sdn Bhd.
Sementara itu, MRT Corp menyatakan Depot MRT Sungai Buloh bakal menjadi depot tren terbesar di Asia Tenggara.
Ia juga bakal menjadi depot tren bagi kedua-dua jajaran iaitu MRT Sungai Buloh-Kajang dan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Buloh, kata MRT Corp dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu sehingga 30 Sept lepas, tahap kemajuan keseluruhan laluan Sungai Buloh-Kajang atau SBK ialah 72.25 peratus.
Operasi pertama bagi laluan SBK antara Sungai Buloh dan Stesen Semantan akan bermula pada Disember 2016 manakala operasi fasa kedua dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang bermula pada Julai 2017.
Bernama
Wed Nov 11 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation Datuk Seri Shahril Mokhtar (tengah) semasa melawat Projek MRT Sungai Buloh hari ini. - Foto Bernama
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan langkah waspada terhadap kadar faedah Fed
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Kerajaan sasar kadar NRW turun 28.8 peratus menjelang 2030
Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penghasilan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
“Seperti satu kegagalan kerana tiada anak” - Michelle Yeoh
"Saya berusia 62 tahun. Sudah tentu, saya tidak akan mempunyai bayi sekarang."
Reformasikan UNSC, pastikan lebih inklusif - PM Anwar
Struktur semasa UNSC sangat tidak adil kerana perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika, tegas Anwar.
MOT terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan rasuah projek MRT - Wee
Wee turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan sehingga siasatan dijalankan pihak berkuasa.
MRT Corp alu-alukan kelulusan kerajaan teruskan projek MRT 3
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Berkapasiti Tinggi 3 (MRT 3).
Bukan bulan ini, pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu ditangguh
Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu tidak dapat dibuka untuk perkhidmatan berbayar pada November 2021 seperti yang dijadualkan berikutan ujian yang belum lengkap.
Final tunnel boring machine breakthrough for MRT Putrajaya line
Mohd Zarif Hashim said it is a major milestone for the project as it showed tunnel excavation for the line has reached 98 per cent completion.