PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan Transit Aliran Massa (MRT).
Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memberikan kerjasama dan sentiasa mengamalkan prinsip ketelusan serta tidak menyokong sebarang elemen penyelewengan dalam mana-mana projek berkaitan kementerian itu.
"Saya mengikuti perkembangan ini. Saya tiada masalah jika ada pihak mahu siasat. MRT (Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) juga telah nyatakan kesediaan mereka untuk disiasat jika dakwaan itu berlaku.
"Mana-mana pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan jika ada aduan dibuat, biar pihak berkuasa siasat. Kita utamakan urus tadbir yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.
Wee turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara berkenaan sehingga siasatan dijalankan pihak berkuasa.
Media tempatan baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Perancis sedang menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah melibatkan projek MRT bernilai RM692 juta yang berlaku beberapa tahun lepas.
Selain itu, Wee menasihatkan semua syarikat penerbangan di negara ini agar tidak mengambil mudah dengan rungutan pelanggan mengenai isu kelewatan sehingga mereka terpaksa menunggu lama di lapangan terbang dan menjejaskan urusan masing-masing.
"Saya minta syarikat penerbangan lihat semula jadual penerbangan, tingkatkan hubungan komunikasi dengan pelanggan dengan makumkan lebih awal tentang penjadualan semula penerbangan.
"Kalau pengguna dimaklumkan awal, ini tidak akan jejaskan urusan mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu kelewatan penerbangan yang tular di media sosial pada perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
Tegasnya, beliau tidak mahu kelewatan penerbangan menjadi budaya berterusan hingga menjejaskan nama syarikat penerbangan terbabit.
Mengenai laporan terdapat sindiket tonto yang berperanan sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang oleh JPJ, Wee berkata pihaknya menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Saya berdiri teguh di belakang JPJ dan sentiasa beri sokongan bagi menentang sebarang tekanan yang diterima. Kita (negara) ada pasukan polis yang cekap," katanya mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan baru-baru ini bahawa PDRM menerima lima laporan sejak tahun lepas hingga bulan ini berhubung aktiviti tonto tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya dan Apresiasi 76 tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto BERNAMA
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
MOTAC, MOT teliti keperluan subsidi diteruskan kepada pengangkutan pelancongan – Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan akan meneliti keperluan memasukkan kenderaan pengangkutan pelancongan di bawah program SKDS 2.0.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
MOT pelawa orang ramai beri cadangan RC, VEP di sempadan Malaysia-Thailand
MOT akan menganjurkan satu sesi taklimat kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangun sistem dan mengoperasikan pengurusan sistem RCVEP di 8 pintu masuk sempadan Malaysia dengan Thailand.
Program Rakyat: Pengunjung digalak guna pengangkutan awam, elak kesesakan
Pengunjung yang ingin menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan Kementerian Pengangkutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Kementerian Pengangkutan bincang dengan empat peneraju industri perkapalan antarabangsa
Perbincangan itu berkisar tentang cita-cita Malaysia menjadi destinasi pilihan global untuk pemunggahan penghantaran barang dan logistik.
Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
MOT seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan isu kadar tambang lantai e-hailing
Kementerian Pengangkutan (MOT) seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan berhubung harga lantai tambang e-hailing, sebaliknya mahu ia ditentukan oleh kuasa pasaran, kata Menterinya Anthony Loke.
MoT lancar medan uji regulatori negara untuk kenderaan mikromobiliti
Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk kenderaan mikromobiliti bagi pengoperasian kenderaan berkenaan.
Lesen khas untuk p-hailing - Ka Siong
Satu lesen vokasional khas dicadangkan untuk diperkenalkan kepada penunggang perkhidmatan p-hailing selepas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) diberi mandat untuk mengawal selia sektor tersebut.