SHAH ALAM: Laporan polis di seluruh negara akan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Selasa ini kerana didakwa mempermainkan isu perkauman.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres PKR berkata, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu 'meracun' rakyat dengan sentimen perkauman perlu dihentikan segera.
"Kita sama-sama membuat laporan kepada Najib di seluruh negara... tak boleh biar ikut suka dia main isu perkauman, ikut suka racun rakyat.
"Sudah sudah lah... Itu mesti bermula daripada kita (dan) laporan polis hari Selasa ini terhadap Najib di seluruh negara," katanya dalam ucapan tersebut, hari ini.
Terdahulu, Najib membidas Rafizi, yang menyalahkannya berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah, sedangkan kesilapan paling besar didakwa dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau menyifatkan kesilapan besar itu ialah tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48,000 bagi menyelesaikan kes bayaran yang dihentikan kepada waris berkenaan waris berkenaan.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, akar umbi PKR juga tidak boleh berdiam diri melihat pembohongan yang dilakukan oleh Najib, selain melabel beliau sebagai 'penakut'.
"Dia (Najib) sembang kencang sebab orang tak lawan... dia rasa bebas sekarang. Bila kita mulakan dan pastikan setiap pembohongan dan propaganda dia kita akan lawan, Najib lepas ini akan jawab macam yang sama dia jawab di mahkamah, semua dia tak tahu saya rasa," ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru agar berusaha menyanggah UMNO dan Najib yang disifatkan semakin bermaharajalela.
"Kalau kita tak sanggah dia (Najib), dia akan terus rasa dia itu pembesar negara sebab itu bermula hari ini kita akan balik dan sanggah dia sehingga kita hantar dia terus ke penjara," tambahnya.
Selain itu, Rafizi juga memaklumkan beliau akan mengusulkan penubuhan koperasi keadilan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk didaftarkan secepat mungkin.
Astro Awani
Sun Jul 17 2022

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres PKR berkata, tindakan Najib 'meracun' rakyat dengan sentimen perkauman perlu dihentikan segera. - Gambar BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Najib perlu disanggah, laporan polis akan dibuat Selasa ini - Rafizi
Akar umbi PKR, tegas Rafizi, tidak boleh berdiam diri melihat Najib 'meracun' fikiran rakyat.