PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan dalam kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac di Mahkamah Persekutuan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mengesahkan perkara itu berkata, peguam Najib telah menghantar surat kepada Mahkamah Persekutuan untuk meminta tarikh perbicaraan rayuan itu dilapangkan.
"Pasukan pembelaan memohon penangguhan kerana mereka masih berusaha mendapatkan semua nota, bukti dan dokumen daripada perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, untuk menyediakan penghujahan bertulis bagi rayuan bukti tambahan itu.
"Bagaimanapun, mahkamah akan memaklumkan secara rasmi keputusan (penangguhan) kepada pihak-pihak terlibat dalam beberapa hari lagi," katanya kepada media selepas prosiding secara maya yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Siti Hajar Mustaffa.
Beliau berkata, mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 8 April untuk peguam Najib mengesahkan tarikh permohonan Peguam Diraja (QC) akan dibuat.
Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.
Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan dke Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 28 2022
Najib memohon menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan dalam kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac di Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Badan Peguam gagal cabar pengurangan penjara dan denda Najib
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid mendapati permohonan Badan Peguam, tidak boleh diputuskan oleh mahkamah atau melalui prinsip undang-undang.
Isu tahanan di rumah, Titah Adendum hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan akta tahanan di rumah dan Titah Adendum yang dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menghangatkan sesi Dewan Rakyat pada Rabu.
RUU tahanan rumah, KDN beri penjelasan Khamis ini
KDN akan memberi penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu hukuman tahanan di rumah pada Khamis ini di Dewan Rakyat.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).