Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima keutamaan peranan yang akan dilakukan Malaysia dalam memikul amanat sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Lima keutamaan itu ialah mengembangkan agenda kesederhanaan pada peringkat global; menggalakan rundingan sebagai kaedah penyelesaian konflik, menggalakan operasi pengaman PBB; membantu proses membangunkan keamanan di negara-negara yang menghadapi konflik dan terus membincangkan reformasi komprehensif UNSC.
Dalam reaksinya terhadap kejayaan Malaysia meraih satu kerusi UNSC sebagai anggota tidak tetap bermula 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2016, Najib sambil melahirkan rasa syukur dengan sokongan menyeluruh masyarakat antarabangsa, menyifatkan kejayaan itu merupakan penerimaan terhadap dasar luar Malaysia yang berpegang pada prinsip utama dasar luar negara.
Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat pada Khamis.
"Hendak dapat 100 peratus susahlah tapi itu kira sangat baik, pencapaian cemerlang," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) di sini.
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong pencalonan Malaysia.
Pertama kali ketika Malaysia menduduki kerusi tersebut bagi sesi 1989-1990, Malaysia memperolehi 143 undi dari 158 negara manakala pada kali kedua pada penggal 1999-2000, Malaysia mendapat 174 undi dari 176 negara.
Najib berkata beberapa pemimpin yang menghadiri ASEM seperti Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong antara yang mengucapkan tahniah kepadanya sempena kejayaan itu, dengan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi adalah yang pertama berbuat demikian.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerja keras Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan pegawai-pegawai Wisma Putra dalam memastikan kejayaan memihak kepada negara.
Najib berkata beliau percaya negara-negara yang menyokong bersikap positif terhadap peranan dan dasar Malaysia yang bertanggungjawab dan berprinsip selain pendekatan kesederhanaan atau wasatiyah.
Katanya Malaysia akan mainkan peranannya sebagai anggota tidak tetap UNSC dalam menimbangkan apa yang patut dilakukan antaranya berkaitan penyelesaian konflik seperti dalam menentukan pendirian berdasarkan undang-undang antarangsa serta berpegang pada apa yang dikatakan sebagai pendirian berdasarkan kepada prinsip.
"Ini akan jadi pegangan wakil kita untuk meneruskan tradisi selama ini yang mengambilkira berdasarkan principal based foreign policy," katanya. Dalam melihat sesuatu isu, katanya, Malaysia akan membuat keputusan berdasarkan dasar kerajaan serta pertimbangan secara mendalam dan juga mendapatkan pandangan wakil Malaysia sebelum membuat sesuatu keputusan. Bagi dasar-dasar Malaysia yang jelas dalam isu tertentu seperti hak Palestin, beliau berkata Malaysia akan terus akan mempertahankannya dan memperjuangkan pendirian Malaysia itu.
Bernama
Fri Oct 17 2014
![Najib garis lima keutamaan Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC Najib garis lima keutamaan Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/41413509345_295x200.jpg)
Najib turut melahirkan rasa syukur dengan sokongan menyeluruh masyarakat antarabangsa. - Foto Bernama
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![Putin rombak Majlis Keselamatan Rusia Putin rombak Majlis Keselamatan Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715268640_tbVladimirPutin.jpg)
Putin rombak Majlis Keselamatan Rusia
Majlis Keselamatan Rusia merupakan badan penasihat perlembagaan yang membantu presiden dalam membuat keputusan berkaitan keselamatan negara.
![Pembunuhan Ismail Haniyeh: Majlis keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar Pembunuhan Ismail Haniyeh: Majlis keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718053760_TheUNSecurityCoun.jpg)
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Majlis keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu mengenai pembunuhan Ismail Haniyeh di ibu negara Iran, Tehran.
![Anwar, Kishida gesa pembaharuan PBB, Majlis Keselamatan Anwar, Kishida gesa pembaharuan PBB, Majlis Keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702722897_TBbilateralmeeting.jpg)
Anwar, Kishida gesa pembaharuan PBB, Majlis Keselamatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida menegaskan semula bahawa PBB perlu segera membuat pembaharuan.
![Lubnan gesa 'pakej komprehensif' untuk laksanakan Resolusi 1701 PBB Lubnan gesa 'pakej komprehensif' untuk laksanakan Resolusi 1701 PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702698875_Israelitank.jpg)
Lubnan gesa 'pakej komprehensif' untuk laksanakan Resolusi 1701 PBB
Menteri Luar Lubnan Abdullah Bou Habib pada Jumaat menggesa "pakej komprehensif" untuk melaksanakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk pengunduran Israel dari
![Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621066309_PBB.jpg)
Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat
Pertemuan itu dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang dianggotai 15 ahli itu akan bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup.
![Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB mulai 1 Mei Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB mulai 1 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/61465137054_Switzerlandseniors.jpg)
Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB mulai 1 Mei
Switzerland menggantikan Rusia sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama sebulan mulai 1 Mei.
![Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664496196_Chinaflag.jpg)
Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zhang Jun, menekankan pentingnya untuk menegakkan keadilan dan hak Palestin.
![UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663981741_CharlesMichel.jpg)
UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU
Ia menggabungkan antara perang senjata dan pembohongan kononnya keselamatan Rusia terancam selama bertahun-tahun, kata Michel.
![Rusia veto resolusi Majlis Keselamatan PBB Rusia veto resolusi Majlis Keselamatan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645854936_RussianVeteosukr.jpg)
Rusia veto resolusi Majlis Keselamatan PBB
Pengundian berakhir dengan keputusan 11-1 kecuali China, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak mengundi.
![PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600089131_Indiasparliament.jpg)
PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi
Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) diperbaiki dan direformasi.