Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lepas.
Beliau juga menyeru semua pengendali perkhidmatan feri supaya sentiasa bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan bagi mengelak kejadian itu berulang.
"Saya telah mengarahkan supaya satu siasatan terperinci mengenai tragedi itu dibuat dan saya seru kepada semua pengendali feri supaya sentiasa bertanggungjawab," katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.
Sambil melahirkan rasa sedih dengan tragedi tersebut, perdana menteri berkata seluruh rakyat Malaysia turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kejadian itu.
Menurutnya rakyat Malaysia juga sentiasa mendoakan keselamatan semua pihak.
Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tragedi itu.
Dalam kejadian itu, bot ekspres Kawan Mas yang dipercayai membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit, karam selepas terlanggar batu di Jeram Tukok/Jeram Bungan antara 8.30 pagi dan 9 pagi.
Bernama
Thu May 30 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kerajaan komited selesai masalah jalan raya di Kapit dan Belaga
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kor Jurutera Diraja ATM akan meneruskan Projek Jiwa Murni yang kini sedang giat berlangsung.

Kerajaan Persekutuan, negeri akan bantu usaha apung bot ekspres karam
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti polis dan Rela akan terus berusaha sebaik mungkin dalam gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Najib arah siasatan terperinci tragedi bot karam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada Selasa lepas.

PM ucap takziah kepada keluarga magsa bot eksrees karam
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi bot ekspres karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, Selasa lepas.

Pembangunan pengangkutan darat amat diperlukan - MP Kapit
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexender Nanta Linggi, mengakui perlu ada pembangunan pengangkutan jalan darat dan rangkaian jalan raya di pedalaman Sarawak.