Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak akan membantu usaha pasukan penyelamat mengapungkan bot ekspres yang karam di Giam Bungan, Sungai Rajang.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi pasukan penyelamat.
Justeru jelasnya usaha giat dilakukan secepat mungkin untuk membawa kren bagi membantu operasi itu.
"Ini hari keenam, pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan berikan pertolongan serta bantuan secepat mungkin dan juga akan terus memberi keprihatinan terhadap dua lagi mangsa yang masih hilang,” kata beliau.
Tambah Zahid, beliau berkata semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti polis dan Rela akan terus berusaha sebaik mungkin dalam gerakan mencari dan menyelamat mangsa melalui kerjasama dengan beberapa pihak lain seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta penduduk kampung.
Terdahulu, Ahmad Zahid mendengar taklimat Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau dan Timbalan Pengarah Bomba Negeri Mohd Ali Bahudin sebelum bergerak ke lokasi nahas yang terletak dua kilometer dari pusat operasi.
Beliau turut menyumbang sejumlah RM10,000 bagi melicinkan perjalanan operasi mencari dan menyelamat dari segi penyediaan makanan serta bantuan logistik.
Selain itu beliau turut memberi sumbangan RM2,000 kepada John Soon Hock Chiong, yang isterinya masih hilang dalam tragedi itu.
Zahid juga turut menyumbang makanan segera 'McDonald' sementara Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang membawa 'Pizza Hut' sebagai menghargai penat lelah pasukan mencari dan menyelamat serta petugas agensi kerajaan yang melakukan pelbagai tugasan seperti menyediakan makanan dan khemah, serta petugas media yang berkampung di lokasi kejadian sejak Selasa lepas.
Sementara itu Zahid berkata satu perbincangan antara beliau dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan diadakan malam ini berkenan tragedi tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat operasi di sebuah pulau di tengah Sungai Rajang hari ini.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Sun Jun 02 2013
![Kerajaan Persekutuan, negeri akan bantu usaha apung bot ekspres karam Kerajaan Persekutuan, negeri akan bantu usaha apung bot ekspres karam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61369723677_295x200.jpg)
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639825631_DatukJulaihiNaraw.jpg)
PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menang bagi kerusi DUN itu dengan majoriti selesa 4,134.
![PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638263048_NicholBelaga.jpg)
PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda
Pembangunan fasiliti seperti pusat aktiviti anak muda khusus di kawasan Belaga wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.
![PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638019193_Belaga.jpg)
PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk
Pembangunan infrastruktur di Belaga perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat di sini merasai nikmat pembangunan sama seperti di kawasan-kawasan lain.
![Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/71448985659_EmpanganBakun.jpg)
Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini
Paras air di Empangan Hidroelektrik Bakun kini melebihi paras selamat dan perlu diturunkan secara berperingkat.
![MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51617060927_WillieMongin.jpg)
MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.
![Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592551895_PesuruhjayaPolisS.jpg)
Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga
Polis Kontinjen Sarawak akan memohon peruntukan darurat bagi menyediakan kabin sebagai penempatan sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
![Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021 Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605094612_DUNSarawakBelanja.jpg)
Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021
ADUN Sarawak membangkitkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti peluang pekerjaan dan jawatankuasa untuk atasi kanak-kanak tanpa kad pengenalan.
![Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602931484_CMBelagaKapit.jpg)
Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga
Ia akan direalisasikan menerusi pelan induk yang merangkumi pelbagai pembangunan lain di kawasan berkenaan.
![300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus 300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589276113_BanjirKilat.jpg)
300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus
Perhubungan ke Belaga juga terputus akibat sebahagian daripada Jalan Menjawah/Belaga juga dinaiki air.
![Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554252429_DROWNING.jpg)
Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun
Dua pemancing dikhuatiri lemas manakala seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun, Belaga petang semalam.